Harian Metro

Pengawal tunjuk anu dipenjara lima bulan

-

Petaling Jaya: Tindakan seorang pengawal keselamata­n yang menunjukka­n kemaluanny­a kepada seorang wanita di sebuah stesen bas membawa padah apabila dia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap warga Bangladesh, Sualim Paraueg, 33, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengaibkan kehormatan seorang pegawai khidmat pelanggan berusia 31 tahun dengan cara melakukan aksi lucah dengan menunjukka­n kemaluanny­a.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di stesen bas Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, di sini, pada 6 pagi, 13 Jun 2016.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit ke- salahan.

Selain itu, tertuduh dihukum penjara lima bulan dengan dua sebatan selepas dia mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pos pengawal keselamata­n Jalan Tanjung, SD 13/4, Sri Damansara, di sini pada 12.10 tengah hari, 8 Disember 2016.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1963 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan sebat.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak, bermula semalam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat kepada tertuduh atas alasan lelaki itu yang datang ke Malaysia untuk bekerja, tidak sepatutnya berkelakua­n sedemikian selain trauma terhadap mangsa.

Lesen kilang barangan lusuh di Kawasan Perindustr­ian Saleng, di sini, dipercayai dijadikan stor simpanan mercun yang terbakar dalam kejadian petang kelmarin dibatalkan Majlis Perbandara­n Kulai (MPKu) sejak Disember 2015.

Yang Dipertuany­a Farizal Ismail berkata, kilang berkenaan dipercayai beroperasi sejak 1998 dan lesen dibatalkan selepas didapati melanggar syarat pelesenan.

“Sebelum ini, kami ada mengeluark­an lesen sementara kepada pengusaha kilang itu bagi menjalanka­n operasi baja, tetapi dibatalkan pada 14 Disember 2015 apabila kita mendapati mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.

“Sejak lesen itu dibatalkan, kami mengeluark­an lima kompaun terhadap pengusaha kilang dan mereka juga tiada mengemukak­an permohonan baru untuk beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lima kilang yang beroperasi di atas lot sama iaitu tiga daripadany­a menjalanka­n operasi baja manakala satu kilang dijadikan tempat simpanan barangan kitar semula, selain sebuah lagi adalah gudang simpanan paip.

“Kami tidak pasti apakah operasi kilang (yang terbakar) berkenaan kerana tidak mendapat maklumat mengenai penyimpana­n mercun.

“Bagaimanap­un, kami memanggil pengusaha kilang berkenaan dalam masa terdekat untuk memastikan mereka mematuhi peratu-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia