Harian Metro

Rugi RM240,000 taasub tilik nasib

-

Terlalu percaya dengan ramalan dan tilikan nasib menyebabka­n seorang wanita sanggup menyerahka­n RM240,000 selepas percaya mampu menjadi jutawan segera.

Mangsa berusia 26 tahun turut terpaksa menanggung hutang dipinjamny­a semata-mata mahu memenuhi permintaan penjenayah yang menyamar sebagai sami.

Malah mangsa turut dikecam ahli keluarga apabila menggunaka­n wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik ibunya berjumlah RM40,000.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, segalanya bermula selepas dia menerima risalah ‘ubah nasib menjadi kaya’ diedarkan ke rumahnya sebelum ini.

Katanya, dia kemudian menghubung­i nombor telefon tertera pada risalah itu sebelum seorang lelaki mendakwa dia boleh menjadi kaya dengan membeli nombor ekor.

“Malah lelaki itu mendakwa dia meraih hadiah tempat pertama nombor ramalan sebanyak RM960,000 namun dia perlu membayar sebanyak RM20 untuk upacara sembahyang.

“Saya kemudian dihubung dan diminta memasukkan tambahan RM360 ke dalam akaun kononnya bagi membeli setanggi,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan dan Perhubunga­n Awam Gerakan, semalam.

Wong berkata, perkara itu berlaku berulang kali sehingga dia menyerahka­n wang mencecah RM240,000.

“Saya akhirnya menyedari ditipu dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Jenjarom pada 30 April lalu,” katanya

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perhubunga­n Awam Gerakan Ben Liew Pok Boon berkata, kes dialami Wong adalah kes penipuan nombor ramalan terbesar diterima pihaknya tahun ini.

Kuala Lumpur: Sebanyak 523 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu kota dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan penyewa asal tidak menetap atau penghuni tidak sah, menyewakan kepada penghuni lain dan penghuni warga asing bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia