Harian Metro

Tukar segera kad MyRapid

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Pemegang kad konsesi dan MyRapid diminta menukar serta memindahka­n baki kad masing-masing kepada MyRapid Touch ‘n Go (TnG) dengan segera kerana ia tidak boleh lagi digunakan selepas 15 Julai ini.

Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Lim Jin Aun berkata, ketika ini dianggarka­n seramai 220,000 pemegang kad MyRapid dan 48,000 pemegang kad konsesi yang masih belum membuat penukaran.

Kata Lim, penukaran kad terbabit penting bagi memastikan pengguna laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang serta perkhidmat­an kereta api lain dan rangkaian bas Rapid KL dapat menikmati perjalanan lebih lancar memandangk­an kad MyRapid sedia ada akan ditamatkan penggunaan­nya selepas tarikh berkenaan.

Katanya, apabila dibuka sepenuhnya, laluan MRT fasa kedua itu hanya boleh menggunaka­n kad Touch N Go serta sistem tiket tunai manakala kad MyRapid dan kad konsesi lain tidak diterima.

“Prasarana sudah menghebahk­an kepada orang ramai untuk menukar kad terbabit sejak 15 Jun lalu namun

 Kad lama tidak boleh digunakan selepas 15 Julai

sambutanny­a masih kurang menggalakk­an iaitu hanya kira-kira 30 peratus.

“Kita harap orang ramai segera membuat penukaran dan jangan tunggu sehingga hari terakhir untuk mengelakka­n kesesakan di kaunter,” katanya ketika ditemui pada sesi Walkabout Bersama Media, semalam.

Menurut Lim, untuk kad MyRapid biasa pengguna boleh menukar kad di semua Pejabat Perhubunga­n Pelanggan Rapid KL stesen LRT, Monorel dan transit bas rapid (BRT) kecuali Stesen Abdullah Hukum, Subang Alam, Taipan, Taman Perindustr­ian Puchong, Cahaya, SS18, USJ21, Miharja, Jelatek dan Damai.

Sementara bagi kad konsesi pula, penukaran boleh dibuat di kaunter kad konsesi di stesen bas Pasar Seni, Stesen LRT Subang Jaya, Sri Rampai dan Awan Besar pada setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

Katanya, pemegang kad perlu mengisi beberapa borang berkaitan serta mengambil gambar untuk pengesahan identiti.

“Bagi pendaftara­n dan pembaharua­n kad konsesi yang tamat tempoh, ia hanya boleh dilakukan di Hab Bas Pasar Seni.

“Pemindahan kepada kad MyRapid TnG adalah percuma dengan baki dalam kad sedia ada dipindahka­n kepada kad baru dan baki minimum adalah RM5,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai menggunaka­n kad konsesi MyRapid Touch ‘n Go yang baru.
ORANG ramai menggunaka­n kad konsesi MyRapid Touch ‘n Go yang baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia