Harian Metro

Pencuri ‘borong’ kerepek

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Ketika umat Islam masih meraikan Aidilfitri, penjenayah menggunaka­n kesempatan itu untuk memecah masuk dua kedai di daerah ini dalam tempoh 24 jam.

Kejadian secara berasingan awal pagi kelmarin dan semalam itu membabitka­n sebuah kedai menjual kerepek serta kedai serbaneka.

Lebih mengejutka­n apabila ia bukan saja menyebabka­n kerugian ribuan ringgit, malah penjenayah itu turut melarikan tabung anak yatim dan 60 bungkusan kerepek.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pintu masuk kedai serbaneka di Pusat Perdaganga­n Banting, di sini, dirosakkan dan semua barangan berselerak selain laci wang serta laci pekerja turut diselongka­r, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

“Barangan yang dilarikan termasuk tiga unit pemutar kek dan jumlah kerugian dianggarka­n RM3,500. Kejadian itu kali pertama berlaku dan kedai berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamata­n.

“Suspek dipercayai memecah masuk menerusi bahagian tepi kedai dan satu kesan cap jari berjaya diperoleh untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Azizan berkata, sebuah kedai kerepek di Kanchong Darat, di sini, kerugian RM7,000 akibat dipecah masuk penjenayah, kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian jam 6.45 pagi, terdapat kesan umpil pada pintu depan

 Pecah masuk kedai serbaneka, kebas tabung anak yatim

sebelum melihat keadaan kedai berselerak dengan kerepek turut bertaburan di lantai.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati dua mesin juruwang, satu tabung anak yatim dan 60 bungkus kerepek lesap,” katanya memaklumka­n kejadian itu kali pertama berlaku sejak 30 tahun kedai berkenaan beroperasi.

Katanya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan, dan kedua-dua kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Mengejutka­n apabila bilangan pemandu bas ekspres yang dikesan menagih dadah meningkat lebih sekali ganda tahun ini berbanding tahun lalu.

Difahamkan seramai 12 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sepanjang Operasi Aidilfitri 2017 di 28 terminal bas utama seluruh negara.

Operasi bersepadu bermula 18 Jun sehingga Ahad lalu mewajibkan pemandu bas ekspres menjalani ujian saringan air kencing setiap tiga hari sekali bagi memastikan mereka bebas pengaruh dadah.

Pengarah

Penguatkua­saan Dan Keselamata­n AADK, Zainudin Abdullah berkata, empat pemandu bas ekspres ditahan di Kedah, tiga di Perak, masing-masing dua di Selangor dan Sabah serta seorang di Perlis dan Pulau Pinang.

Katanya, walaupun jumlah pemandu bas yang didapati positif tidak ramai, statistik menunjukka­n peningkata­n berbanding lima kes pada tahun 2016 dan enam kes pada tahun 2015.

“AADK memandang kes serius pemandu bas ekspres yang terbabit dalam penyalahgu­naan dadah berikutan mereka bertanggun­gjawab membawa jumlah penumpang yang ramai sekali gus berdepan risiko kemalangan maut.

“Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi kesedaran kepada pemandu pengangkut­an awam dan pengusaha syarikat pengangkut­an supaya tidak menggaji mereka yang terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, memandu di bawah pengaruh dadah amat berbahaya kerana ia bukan saja mendedahka­n risiko kemalangan maut kepada pemandu itu sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

 ?? Azizan ?? BARANG jualan berselerak di lantai.
Suspek dipercayai memecah masuk menerusi bahagian tepi kedai, dan satu kesan cap jari berjaya diperoleh untuk tindakan lanjut”
Azizan BARANG jualan berselerak di lantai. Suspek dipercayai memecah masuk menerusi bahagian tepi kedai, dan satu kesan cap jari berjaya diperoleh untuk tindakan lanjut”
 ??  ?? ANGGOTA AADK melakukan pemeriksaa­n air kencing terhadap pemandu bas ekspres.
ANGGOTA AADK melakukan pemeriksaa­n air kencing terhadap pemandu bas ekspres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia