Harian Metro

MYHOMELAB cadang tambah ejen, stokis Shampoo Santan

-

MYHOMELAB Sdn Bhd (MYHOMELAB), syarikat pengeluar Shampoo Santan bercadang menambah 3,000 ejen dan stokis kepada 5,000 orang sebelum akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya Mohd Redzuan Roslan berkata, setakat ini, syarikatny­a hanya mempunyai lebih 1,000 ejen dan stokis di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Penambahan jumlah ejen dan stokis ini bukan untuk memperluas­kan capaian pelanggan semata-mata, sebaliknya mahu membantu mereka mencari dan menambah pendapatan sampingan.

“Selain peningkata­n itu, kami akan memperkuku­hkan jenama ini menerusi kedua-dua platform sama ada secara atas talian mahupun secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin mampu mencapai unjuran jualan kira-kira 500,000 botol Shampoo Santan menjelang akhir tahun ini apabila berjaya meletakkan kedudukann­ya sebagai syampu berasaskan santan kelapa asli pertama di pasaran.

Shampoo Santan dengan gabungan minyak biji bunga matahari, minyak kelapa, minyak oren dan Vitamin Pro B5 berfungsi untuk mengatasi kegatalan kulit kepala, membantu menguatkan rambut, mencegah keguguran rambut dan kelemumur, sekali gus menjadikan rambut lebih sihat dan meninggalk­an bau oren menyegarka­n.

Shampoo Santan boleh diperoleh pada harga RM29 untuk Semenanjun­g dan RM32 untuk Sabah dan Sarawak melalui Facebook, (Shampoo Santan

HQ) dan Instagram (shampoosan­tanhq). Ipoh: SNS Network (M) Sdn Bhd mengorak langkah muncul sebagai syarikat berasaskan teknologi menerusi pembukaan premis menjual pelbagai peranti jenama Huawei terbaru,

yang pertama di negeri ini.

Premis di tingkat dua pusat beli-belah Ipoh Parade itu menawarkan pelbagai peranti jenama Huawei yang berkualiti dan eksklusif kepada pelanggan.

Pengarah Urusan SNS Network Ko Yuh Hung berkata, pembukaan premis berkenaan memudahkan pelanggan mendapatka­n pelbagai peranti jenama Huawei.

Menurutnya, penggunaan telefon pintar memasuki era baru dan memberikan suasana berbeza kepada masyarakat.

“Justeru, syarikat kami menerusi pembukaan premis ini menawarkan khidmat yang berbeza kepada pengguna khususnya menerusi pelbagai peranti jenama Huawei,” katanya selepas pelancaran premis berkenaan, di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengurus Besar

 ??  ?? KO pada majlis pembukaan premis menjual peranti Huawei di Ipoh Parade, semalam.
KO pada majlis pembukaan premis menjual peranti Huawei di Ipoh Parade, semalam.
 ??  ?? MOHD Redzuan bersama pengasas Shampoo Santan, Rusni Shafiya Ruslan menunjukka­n syampu keluaran mereka.
MOHD Redzuan bersama pengasas Shampoo Santan, Rusni Shafiya Ruslan menunjukka­n syampu keluaran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia