Harian Metro

Teroka pasaran baru

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hme- tro.com.my

 Penyertaan syarikat tempatan dalam Pameran Dagangan dan Pelaburan Lanzhou bantu promosi industri halal di China

Lanzhou 2017 di China pada 6 hingga 9 Julai ini bakal membuka peluang pasaran baru bagi memperkuku­hkan sektor halal dalam kalangan usahawan tempatan.

Antara sektor yang akan dipromosik­an sepanjang pameran termasuk produk makanan dan minuman, pelanconga­n kesihatan, perkhidmat­an pelanconga­n serta produk dan perkhidmat­an berkaitan industri halal.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, penyertaan peserta industri dari Malaysia dalam acara seumpama itu peluang terbaik kepada mereka mempromosi dan memperkena­lkan produk serta perkhidmat­an halal dimiliki mereka.

“Pameran di Lanzhou membolehka­n kita menembusi pasaran Muslim sekitar wilayah Gansu seperti Ningxia, Qinghai, Xinjiang dan wilayah berdekatan lain.

“MATRADE menerusi pelbagai inisiatif promosi eksport terus memperting­katkan eksport Malaysia ke China memandangk­an kepentinga­nnya kepada syarikat Malaysia khususnya usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam empat bulan pertama tahun ini, dagangan Malaysia dengan China menunjukka­n pertumbuha­n 32.7 peratus menjadi kepada RM91.36 bilion.

Eksport meningkat 42.5 peratus kepada RM39.27 bilion dan import berkembang 26.1 peratus kepada RM52.09 bilion.

Pameran dagangan yang berlangsun­g empat hari itu dihadiri 90 wakil dari 31 syarikat tempatan dan pelbagai agensi kerajaan diketuai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, penyertaan kali ini dianggap bermakna apabila kerajaan China mengiktira­f Lanzhou sebagai satu daripada hab dagangan halal negara berkenaan di samping berperanan sebagai pintu masuk strategik untuk produk halal.

“Malah, Lanzhou juga adalah hab pengangkut­an utama serantau China yang menghubung­kan kawasan barat melalui jalan kereta api ke sebahagian wilayah di timur China yang memberi kelebihan dalam aktiviti dagangan,” katanya.

 ?? Dr Mohd Shahreen ?? Pameran di Lanzhou membolehka­n kita menembusi pasaran Muslim di wilayah Gansu seperti Ningxia, Qinghai dan Xinjiang”
Dr Mohd Shahreen Pameran di Lanzhou membolehka­n kita menembusi pasaran Muslim di wilayah Gansu seperti Ningxia, Qinghai dan Xinjiang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia