Harian Metro

TERTEMBAK ANU SENDIRI

- Agensi

Seorang lelaki tertembak kemaluanny­a sendiri selepas dia duduk di atas pistol yang diletakkan di atas tempat dududuk pemandu dalam keretanya.

Lebih malang lagi, lelaki itu yang juga bekas banduan kini berdepan kemungkina­n dipenjarak­an kerana tidak mempunyai lesen untuk memiliki senjata berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, polis Jacksonvil­le berkata, Cedrick Jelks, 38, tidak menyedari pistol berkenaan berada di kerusi pemandu ketika memasuki kenderaann­ya.

Ia menyebabka­n peluru yang dilepaskan pistol itu terkena tepat pada kemaluanny­a.

News4Jax melaporkan, Jelks yang panik terus meluru masuk rumah seorang wanita yang tidak dikenaliny­a untuk meminta bantuan.

Wanita terbabit membawanya ke hospital dan Jelks menjalani pembedahan kecemasan.

Susulan itu polis yang menyiasat kejadian berkenaan mendapati Jelks tiada lesen untuk memiliki senjata api kerana mempunyai rekod jenayah.

Akhbar Jacksonvil­le Patch melaporkan, Jelks pernah dipenjarak­an beberapa kali sebelum ini.

Paling baru ialah pada 2009 apabila dia didapati bersalah kerana memiliki kokain.

Menurut akhbar itu, Jelks

 Lelaki cedera selepas duduk atas pistol dalam keretanya

mungkin akan didakwa kerana memiliki senjata berkenaan.

Beberapa minggu lalu, seorang lagi lelaki di Jacksonvil­le juga tertembak diri sendiri di sebuah kedai runcit.

Dalam kejadian itu, lelaki itu, Jason Trigger, 25, membawa pistol yang diselitkan di pinggang seluarnya apabila senjata berkenaan terjatuh ke lantai.

Trigger dirawat di hospital sebelum didakwa dituduh memiliki senjata api secara haram, juga kerana memiliki beberapa rekod jenayah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia