Harian Metro

Isnilon masih di Marawi

-

 Pemimpin militan tidak kelihatan di Pulau Basilan

Setiausaha Pertahanan Filipina semalam berkata, pemimpin militan yang menguasai sebahagian bandar Marawi di selatan negara itu, Isnilon Hapilon, disyaki bersembuny­i di sebuah masjid di bandar itu, beberapa hari selepas dia dilapor meninggalk­an bandar berkenaan.

“Menurut hasil risikan terbaru kami, dia masih berada di Marawi. Berdasarka­n maklumat yang kami peroleh pagi ini (semalam), dia masih bersembuny­i di sebuah masjid di bandar itu,” kata Delfin Lorenzana pada sidang akhbar di Manila.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh boleh dipercayai kerana perisik kerajaan yang mengawasi ketibaan Isnilon di kubu kuatnya di Pulau Basilan tidak melihatnya di situ.

“Dia bukan antara tiga militan yang tiba di Basilan dari Marawi seminggu lalu,” kata Lorenzana.

Militan yang bersekutu dengan Daish menyerang Marawi pada 23 Mac lalu kini terkepung di kawasan kecil di bandar berkenaan.

Mereka bagaimanap­un memberi tentangan sengit terhadap tentera kerajaan yang berjaya menguasai semula kebanyakan bandar itu.

Pertempura­n yang berlaku sepanjang hampir enam minggu lalu menyebabka­n sekurang-kurangnya 459 terbunuh, termasuk 39 orang awam, 336 militan dan 84 askar serta polis.

Sekurang-kurangnya lapan militan warga asing dipercayai antara yang mati, kata Lorenzana.

Isnilon dikatakan mengetuai kumpulan Daish Asia Tenggara dan berada dalam senarai pengganas paling dikehendak­i Amerika Syarikat.

Lorenzana juga berkata, penduduk akan dibenarkan pulang ke kawasan yang sudah dikuasai semula kerajaan dan kerajaan akan membantu membina semula rumah mereka.

Bagaimanap­un, menurutnya, kira-kira 1,500 rumah belum dibersihka­n daripada bahan letupan. Menurutnya, tentera hanya mampu membersihk­an 50 hingga 100 rumah sehari.

Daerah perniagaan bandar berkenaan mungkin mengambil masa untuk dibaik pulih selepas ia musnah teruk akibat serangan udara kerajaan terhadap kedudukan militan dan tindakan kumpulan militan terbabit membakar kediaman dan bangunan.

 ??  ?? KEPULAN asap kelihatan dari rumah yang terbakar berikutan pertempura­n berterusan antara tentera kerajaan dan anggota militan di Marawi, semalam. - AFP
KEPULAN asap kelihatan dari rumah yang terbakar berikutan pertempura­n berterusan antara tentera kerajaan dan anggota militan di Marawi, semalam. - AFP
 ??  ?? ISNILON
ISNILON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia