Harian Metro

18 dikhuatiri rentung

- Agensi

 Bas bawa pesara terbakar selepas merempuh treler

Kira-kira 18 orang dikhuatiri mati apabila sebuah bas membawa sekumpulan pesara terbakar selepas berlanggar dengan sebuah treler di setlatan Jerman, semalam.

Jurucakap polis, Juergen Stadter memberitah­u wartawan, sebahagian daripada 30 penumpang yang dikeluarka­n dari bas berkenaan cedera teruk.

Seorang lagi jurucakap polis, Anne Hoefer memberitah­u, penumpang adalah warga emas dan sebahagian mereka tidak sempat keluar dari bas itu.

Bas berkenaan yang membawa 46 warga emas dikatakan merempuh treler berkenaan ketika kesesakan jalan raya di Stammbach, sebuah bandar di Bavaria.

Kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia) itu menyebabka­n bas berkenaan terbakar serta-merta.

Menurut akhbar Bild, bas

itu dalam perjalanan dari Lausitz, wilayah di timur Jerman ke Nuremberg.

Jika jumlah kematian itu disahkan, kemalangan berkenaan yang berlaku pada permulaan cuti musim panas akan menjadi kemalangan paling buruk berlaku di Jerman.

Antara kemalangan paling buruk sebelum ini ialah pada Jun 2007 apabila 13 orang mati selepas bas yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di negeri Saxony-Anhalt, timur Jerman. Lexington (Amerika Syarikat): Seorang suri rumah di sini melahirkan bayi antara yang terbesar di dunia.

Colin Austin Keisler dilahirkan Jumaat lalu dengan berat 6.5 kilogram dan besarnya sama dengan seorang kanak-kanak berusia lima bulan.

Ibu bapanya, Arthur dan Cindy tahu mereka bakal mempunyai anak yang besar tetapi tidak menjangka ia begitu besar hingga tidak muat untuk diletakkan di atas penimbang hospital di Carolina Selatan.

Arthur, 38, berkata: “Doktor dan jururawat terkejut melihat anak saya. Sebaik dilahirkan mereka cuba menimbangn­ya tetapi tidak muat kerana Colin begitu besar.

“Memang kami jangka dia besar kerana perut isteri sa- ya begitu besar ketika dia hamil.”

Menurut Arthur, dia terpaksa membeli pakaian baru untuk bayinya itu kerana pakaian yang disediakan untuk menyambut kelahiran Colin tidak muat.

“Saya terpaksa mencari pakaian untuk bayi berusia tiga dan enam bulan untuknya. Tetapi itu pun sudah cukup ketat untuk Colin,” kata Arthur yang mempunyai dua anak sebelum ini.

Cindy, 37, berkata: “Beberapa bulan terakhir kehamilan saya memang mencabar. Perut saya begitu besar. Saya sukar tidur. Hendak berjalan juga susah. Saya tidak menyangka dia begitu besar.”

Bagaimanap­un, pasangan suami isteri itu berkata, mereka tetap gembira dengan kelahiran Colin. - Agensi

 ??  ?? BEBERAPA petugas menyorong keranda di tempat kemalangan. - AFP
BEBERAPA petugas menyorong keranda di tempat kemalangan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia