Harian Metro

Qatar jawab tuntutan pakatan diketuai Saudi

-

Kuwait City: Qatar semalam menyerahka­n jawapan rasminya terhadap senarai tuntutan Arab Saudi dan sekutunya kepada emir Kuwait.

Jawapan itu disampaika­n Menteri Luar negara itu, Sheikh Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani yang melakukan kunjungan singkat ke Kuwait, kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Kuwait bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesai­kan sengketa diplomatik antara negara Teluk itu.

Agensi berita rasmi Kuwait (KUNA) melaporkan, Sheikh Mohammed tiba di Kuwait awal semalam bagi menyerahka­n mesej daripada Emir Qatar, Sheikh Tamin bin Hamad Al-Thani.

Butir jawapan Qatar itu tidak didedahkan.

Bagaimanap­un, Sabtu lalu, Sheikh Mohammed berkata, tuntutan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir itu tidak mungkin dapat dipenuhi oleh negaranya.

Jawapan Qatar itu disampaika­n kepada Kuwait beberapa jam selepas empat negara Arab berkenaan bersetuju menerima gesaan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah supaya tempoh akhir 10 hari yang diberikan kepada Qatar dilanjutka­n 48 jam lagi.

Antara tuntuan pakatan Saudi itu termasuk Qatar mengakhiri sokonganny­a kepada Ikhwanul Muslimin, menutup stesen penyiaran Al-Jazeera, menurunkan hubungan diplomatik dengan Iran serta menutup sebuah pangkalan tentera Turki di negara itu.

Arab Saudi dan sekutunya memutuskan hubungan dengan Qatar 5 Jun lalu, sekali gus mencetuska­n krisis diplomatik paling buruk di rantau itu sejak puluhan tahun lalu.

Mereka menuduh Doha menyokong fahaman pelampau dan terlalu rapat dengan musuh ketat Saudi, Iran. Tuduhan itu disangkal Qatar. - Agensi

 ??  ?? SEORANG lelaki menulis pada lukisan yang menggambar­kan Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani di Doha, semalam. - Reuters
SEORANG lelaki menulis pada lukisan yang menggambar­kan Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani di Doha, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia