Harian Metro

MASALAH TAYAR GUGAT HAFIZH

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Pescao akui sukar ramal cengkaman tayar belakang Semuanya berada dalam keadaan terbaik kecuali tayar belakang namun saya tetap berasa lega kerana masih mampu untuk meraih mata dan memperbaik­i kedudukan keseluruha­n”

Hafizh Syahrin Abdullah

Sukar untuk meramalkan cengkaman tayar belakang menyebabka­n pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah hanya menamatkan perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenrin­g di tempat ke-11 dan meraih lima mata kelmarin.

Menurut pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu, ketika dia mula untuk melakukan pecutan dalam perlumbaan kelmarin tayar belakangny­a sentiasa akan tergelinci­r.

“Ia memberi kesukaran buat saya ketika cuba untuk melakukan pecutan maksimum di selekoh kerana akan berlaku pergerakan luar biasa di bahagian belakang jentera. Saya beberapa kali hampir terjatuh ketika beraksi,” katanya yang kali ketiga menduduki tempat ke-11 musim ini selepas GP Amerika Syarikat dan Perancis.

Jelasnya, masalah yang dihadapi itu membuatkan­nya sukar untuk mengejar pelumba dan kelompok di depannya walaupun secara keseluruha­n pelarasan jenteranya minggu lalu sangat baik.

“Semuanya berada dalam keadaan terbaik kecuali tayar belakang namun saya tetap berasa lega kerana masih mampu untuk meraih mata dan memperbaik­i kedudukan keseluruha­n,” katanya yang terkenal dengan gelaran Pescao.

Perlumbaan kelmarin menyaksika­n Hafizh bermula dengan kurang meyakinkan dari petak ke-11, apabila tergelinci­r ke kedudukan ke-13 pada pusingan ke-14.

Bagaimanap­un, dia berjaya bangkit semula selepas tujuh pusingan kembali ke kedudukan ke-11 dan berjaya mengekalka­n kedudukan tanpa melakukan sebarang kesilapan hingga tamat saingan.

Pelumba berusia 23 tahun itu mengumpul 43 mata dan berada di kedudukan ke-11 selepas sembilan perlumbaan dengan pencapaian paling cemerlang adalah di GP Belanda apabila menduduki tempat kelapan.

Dalam perlumbaan kelmarin, Franco Morbidelli muncul juara buat kali kelima musim ini selepas mengatasi dua pecabar terdekatny­a Miguel Oliveira dan Francesco Bagnaia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia