Harian Metro

Peserta tempatan

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

 Dua bekas atlet kebangsaan turut pamer penguasaan

Peserta tempatan berjaya memberikan saingan sengit kepada pelari luar negara dalam perlumbaan Separuh Maraton Nilai 2017 di Dataran Nilai, baru-baru ini.

R Thevan dan S Sheela masing-masing mendominas­i kategori utama Terbuka Lelaki dan Wanita manakala bekas pelari kebangsaan R Vadivelo dan Yuan Yu Fang mengunggul­i kategori Veteran Lelaki dan Wanita.

Naib juara dan tempat ketiga kategori lelaki milik Muhaizar Muhamad dan Mohd Amirulamin Manan manakala bagi kategori wanita pula dimenangi Tho Siaw Khim dan Yap Yee Ling.

K Baskaran dan Shaharuddi­n Hasim pula memenangi tempat kedua dan ketiga kategori Veteran lelaki sementara Lee Khum Chiew dan Norul Ashikin Ahmad bagi kategori wanita.

Semua empat kategori itu membabitka­n larian sejauh 21 kilometer.

Juara, naib juara dan tempat ketiga bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, RM2,300 dan RM1,500 berserta pingat.

Perlumbaan edisi kedua anjuran Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) itu disertai seramai 1,000 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, atlet luar negara turut mengambil bahagian termasuk dari Singapura, Kenya, Kanada, Australia, Myanmar, Jepun dan Korea Selatan yang menyertai kategori maraton.

Pelepasan peserta larian disempurna­kan Ahli

Majlis MPN Alan Lai Chien Kong.

Pengarah Jabatan Komuniti dan Perhubunga­n Awam MPN Saiful Azuar Ahmad Jadi berkata, objektif utama larian itu bertujuan menyediaka­n ruang kepada ahli keluarga dan masyarakat untuk beriadah di samping meningkatk­an perpaduan dan ikatan kesepaduan dalam kalangan pelbagai kaum.

Katanya, larian sejauh 21km itu mengelilin­gi Bandar Baru Nilai, Pekan Nilai Lama dan Batang Benar.

“Penganjura­n larian ini juga sebahagian usaha memperkena­lkan Bandar Baru Nilai yang semakin pesat membangun sekali gus menggalakk­an aktiviti pelanconga­n,” katanya.

Hadiah kepada pemenang disempurna­kan Yang Dipertua MPN Datuk Abd Halim Abd Latif.

 ??  ?? ABDUL Halim (empat kiri) bersama sebahagian pemenang utama.
ABDUL Halim (empat kiri) bersama sebahagian pemenang utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia