Harian Metro

SATU GOL DAH CUKUP...

- AFP

St Petersburg, Russia

Tampanan mudah Lars Stindl berikutan kesilapan mengaibkan Marcelo Diaz pada babak pertama cukup memberikan Jerman kemenangan 1-0 ke atas Chile pada final Piala Konfederas­i, awal pagi semalam.

Timo Werner merampas bola daripada Diaz yang terleka seketika, mengeliruk­an penjaga gol dan mengumpan kepada

Stindl, yang menampan masuk ke pintu gol terbuka pada minit ke-20 di Saint Petersburg.

“Sukar dipercayai,” teriak kapten Jerman, Julian Draxler, yang menerima Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Kami bekerja keras dan berhak menang. Kami tidak bermain bersama sebelum kejohanan sekali gus menjadikan­nya lebih bernilai.

“Setiap kejuaraan adalah istimewa tapi dengan pasukan muda ini, ia lebih lagi.

“Kini kami boleh pergi bercuti malah boleh membawa trofi ini bersama kami,” ujarnya tertawa.

Ia kali pertama Jerman, juara Piala Dunia, memenangi Piala Konfederas­i pada edisi kelapan kejohanan pra-Piala Dunia

itu. “Tidak banyak perbezaan antara kedua-dua pasukan,” kata kapten Chile, Claudio

Bravo,

 Tampanan mudah Stindl pada minit ke-20 bawa skuad muda Die Mannschaft julang trofi kali pertama

yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.

“Kami sedih tidak menang tapi kami bermain menentang pasukan bertaraf dunia dan mesti belajar daripada kesilapan kami.”

Video pembantu pengadil (VAR) sekali lagi menjadi tumpuan apabila pemain Chile, Gonzalo Jara bernasib baik tidak dibuang padang pada babak kedua.

Sekalipun insiden dia menyiku ke muka Werner dikaji semula oleh VAR, pemain pertahanan itu hanya dilayangka­n kad kuning pada minit ke-65.

Werner, Stindl dan Leon Goretzka semuanya berakhir dengan tiga gol namun penyerang RB Leipzig, Werner merangkul anugerah penjaring terbanyak kerana turut melakukan dua ‘assist.’

 ??  ?? WERNER (kiri) bijak memperdaya Bravo sebelum menghantar bola kepada Stindl untuk gol kemenangan Jerman.
WERNER (kiri) bijak memperdaya Bravo sebelum menghantar bola kepada Stindl untuk gol kemenangan Jerman.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia