Harian Metro

Waspada buat kenyataan

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh diminta berhati-hati mengeluark­an kenyataan yang mendakwa terdapat usaha mengatur perlawanan membabitka­n pasukan itu di liga tempatan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Yusoff Mahadi berkata, kekalahan Pahang kepada FELDA United 1-2 atas keputusan pengadil tidak boleh dikaitkan dengan usaha mengatur perlawanan seperti dakwaannya sebaik perlawanan itu berakhir.

Menurutnya, kenyataan itu boleh mencetuska­n pandangan buruk terhadap badan induk bola sepak kebangsaan hanya disebabkan keputusan pengadil yang dikatakan tidak tepat.

“Persepsi negatif kepada FAM seharusnya dihapuskan hingga wujud unsur lain berikutan kenyataan berunsur hasutan boleh menimbulka­n prasangka negatif terhadap liga bola sepak tempatan.

“Bagi saya kualiti pengadilan masih belum sempurna disebabkan faktor individu atau manusia itu sendiri. Sememangny­a akan ada kesilapan kepada mana-mana pengadil malah di Piala Dunia sekalipun,” katanya.

Menurutnya, kesilapan juga berlaku terhadap Melaka United dengan pengadil memberikan sepakan penalti serta melayangka­n kad merah kepada pemain pasukan itu ketika berdepan PKNS di Shah Alam, hujung minggu lalu.

Baginya, jika ada usaha mengatur keputusan berlaku disebabkan pengadil, kenapa ia juga terjadi kepada pasukan diurus Timbalan Presiden FAM itu.

Menurutnya, kualiti pengadilan sememangny­a masih pada tahap yang tidak memuaskan dalam beberapa insiden justeru FAM mengambil pendekatan memperkena­l Video Pembantu Pengadil (VAR) untuk memastikan setiap perlawanan lancar dan memuaskan pemain, pengurusan dan penyokong kedua-dua pihak.

 ?? Yusoff Mahadi ?? Sememangny­a akan ada kesilapan kepada mana-mana pengadil malah di Piala Dunia sekalipun”
Yusoff Mahadi Sememangny­a akan ada kesilapan kepada mana-mana pengadil malah di Piala Dunia sekalipun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia