Harian Metro

Eksperimen Gonzales makan diri

-

yang lalu untuk memperbaik­i segala kelemahan di beberapa posisi terutama barisan pertahanan.

Malah katanya, beliau turut mengakui, jentera serangan yang tumpul dengan kegagalan melakukan penyudah gol juga perkara utama yang perlu diberi tumpuan.

“Kedudukan Alessandro Celin dalam kesebelasa­n utama malam ini belum dapat ditentukan lagi ekoran prestasiny­a kurang memberangs­angkan Sabtu lalu namun Abou Bakr atau Bako masih menjadi taruhan.

“Kudrat penyerang muda, (Mohd) Rozaimi Azuar, (Mohammad) Qayyum dan (Mohd) Danial Ashraf masih ditagih untuk merobek kubu lawan dan kami yakin terhadap kemampuan mereka,” katanya.

Kelantan diundi dalam Kumpulan C bersama Kedah, Melaka dan UiTM FC.

Bharu: “(Alfredo) Gonzales terlalu banyak bereksperi­men. Ramai pemain beraksi di luar posisi sepatutnya. Taktikalny­a serba tidak kena,” komen ringkas penyokong terhadap corak taktikal yang cuba diterapkan oleh pengendali dari Uruguay itu terhadap pasukan Kelantan.

Boleh dikatakan, ramai penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan pembaharua­n yang dibawa oleh Gonzales hingga Kelantan dimalukan di laman sendiri oleh Sarawak, Sabtu lalu.

Bagi mereka, taktikalny­a itu dilihat 100 peratus gagal kerana Gonzales lebih suka melakukan eksperimen dengan meletakkan pemain bermain ‘luar’ daripada posisi mereka.

Presiden The Red Warriors (TRW) Supporters, Mohd Zainy Zain berkata, pihaknya mengakui ramai ahli gabungan persatuan dan kelab penyokong TRW seluruh negara kecewa terhadap Gonzales.

Katanya, difahamkan, sikap ego Gonzales yang enggan berkolabra­si dengan ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mungkin menjadi punca prestasi pasukan merudum.

“Pandangan kami, Gonzales sepatutnya membantu Zahasmi dari segi taktikal kerana ketua jurulatih Kelantan itu lebih mengenali pemain.

“Maknanya, Kelantan kini dinaiki ‘dua nakhoda, satu kapal’ yang berbeza pandangan, idea serta pendapat dan jika masalah itu masih berlarutan, pasti pasukan akan hancur,” katanya.

 ??  ?? AKSI pemain Kelantan Indra Putra Mahayuddin (kiri) ketika menentang Sarawak, Sabtu lalu.
AKSI pemain Kelantan Indra Putra Mahayuddin (kiri) ketika menentang Sarawak, Sabtu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia