Harian Metro

Keon gembira boleh beraksi

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Kecederaan lutut ketika menentang Perak tidak serius, Kedah kembali turun kesebelasa­n terkuat hadapi Melaka United

Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari lega apabila kecederaan lutut kiri yang dialami semasa perlawanan menentang Perak Sabtu lalu tidak serius serta disahkan cergas untuk berdepan Melaka United dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam ini.

Lebih menggembir­akan pemain itu apabila dua tonggak Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali juga dijangka akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

“Pemeriksaa­n semalam (kelmarin) mendapati kecederaan saya tidak serius. Malah, saya boleh menjalani latihan seperti biasa tanpa sebarang rasa sakit. Rasanya tiada masalah untuk saya bermain malam esok (malam ini),” katanya.

Kecederaan yang dialami Khairul hingga terpaksa dikeluarka­n ketika menentang Perak menggusark­an jurulatih Nidzam Adzha Yusoff yang sebelum itu kehilangan khidmat lima pemain utama akibat kecederaan.

Selain Baddrol dan Rizal, Kedah tidak dapat menurunkan dua pemain import Ken Ilso dan Zac Anderson di samping Farhan Roslan yang belum cergas sepenuhnya.

Khairul atau mesra dengan panggilan Keon mengakui ketiadaan lima tonggak itu memang sesuatu yang merugikan walaupun tidak melumpuhka­n keseluruha­n pasukan.

Justeru, kehadiran semula Baddrol dan Rizal memberi sedikit kelegaan serta meningkatk­an semula moral dan keyakinan pasukan.

“Ken dan Zac masih cedera serta memerlukan rehat sekurang-kurangnya satu perlawanan lagi. Begitupun kehadiran semula Bad dan Rizal sedikit melegakan.

“Tidak dinafikan pemain yang mengambil alih tugas sepanjang ketiadaan mereka memberi komitmen 100 peratus tapi pengalaman kedua-dua pemain itu menjadi aset tambahan kepada pasukan.

“Kehadiran semula mereka akan menambah keyakinan serta kekuatan Kedah untuk menebus kekecewaan selepas tewas (2-3) kepada Perak,” ujar Khairul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia