Harian Metro

Had ruang glamor

- DARI MUKA 1

Izreen mahu zuriat membesar seperti anak orang lain

“Saya sudah lalui kehidupan sebagai artis sejak lebih 10 tahun. Sepanjang tempoh itu saya tempuh pelbagai perkara. Saya bermula dari bawah, jadi segala susah payah dan pahit maung menjadi anak seni hanya saya yang tahu. Apa saya boleh katakan kerjaya artis bukan satu perkara mudah.

“Jadi, kalau bercakap soal masa depan Adrian saya tak nak dia hidup susah dan melalui pengalaman seperti saya. Bukan saya mengatakan kerjaya artis ini tak bagus, cuma percaya dia boleh menjadi lebih baik daripada saya.

“Malah setiap ibu bapa inginkan anak mereka hidup gembira dan bahagia, begitu juga saya. Pada masa sama saya yakin Allah mempunyai perancanga­n yang terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya.

Izreen yang juga bekas pengacara program Mahligai Cinta mempunyai pandangan berbeza berbanding selebriti lain yang memilih untuk mendedahka­n anak mereka di media sosial.

Menurut Izreen, dia memilih untuk tidak terlalu membuka ruang glamor kepada Adrian dan selesa membiarkan anaknya membesar seperti anak orang lain.

“Setiap individu mempunyai cara dan pemahaman tersendiri dalam membesarka­n anak mereka. Masing-masing ada pilihan terbaik untuk anak mereka. Ia terpulang kepada diri sendiri yang dirasakan bagus.

“Tidak bermaksud saya bergelar artis, anak juga perlu menonjol sehingga mampu meraih perhatian ramai. Kalau perasan di Instagram saya, tak banyak gambar Adrian, cuma sesekali saja. Lagipun, Adrian susah nak diajak bergambar. Bergantung kepada ‘mood’ dia,” katanya.

Namun, Izreen reda dan menyerahka­n segalanya kepada ketentuan takdir sekiranya Adrian turut berminat menyertai dunia seni apabila dewasa kelak.

Izreen berkata, sebagai manusia dia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. Pendek kata dia mengikut ketetapan yang diatur.

SIBUK BERLAKON

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Izreen berkata, jadual seninya padat sepanjang beberapa bulan lalu.

“Jadual lakonan saya sangat padat, malah tawaran juga tidak henti-henti sepanjang beberapa bulan lalu sebelum sambutan Aidilfitri. Saya anggap ia rezeki untuk saya dan anak. Alhamdulil­lah tawaran dari segi watak dan naskhah yang diberi juga menarik. Rugi jika saya menolak.

“Bukan senang nak dapat karya bagus. Tambahan pula kebanyakan watak diberikan cukup kuat. Sebenarnya saya rindu nak bawa watak berat seperti dahulu. Jadi apabila dapat peluang itu, saya tak nak lepaskan,” katanya.

Selain itu, Izreen juga gembira apabila karya kontrovers­i berjudul

Pesan Dari Tuhan dapat ditayangka­n di TV2 pada hari raya kedua lalu.

Mengikut perancanga­n asal, telefilem arahan Erma Fatima itu sepatutnya ditayangka­n di stesen TV lain tetapi disebabkan masalah tertentu karya itu terpaksa diperam dua tahun.

“Sebagai pelakon yang terbabit dalam telefilem itu saya berharap ia dapat ditayangka­n. Apabila dimaklumka­n ada stesen TV lain yang berminat, saya seronok. Begitu juga dengan pelakon lain yang menunggu detik itu.

“Alhamdulil­lah saya mendapat maklum balas baik daripada penonton. Sepanjang penggambar­an berlangsun­g, kami berdepan pelbagai cabaran. Namun, demi hasil yang berkualiti, kami harungi jua.

“Terima kasih kepada Kak Erma yang mempercaya­i bakat saya untuk terbabit dalam karya ini. Saya juga bertuah kerana berlakon dengan barisan pelakon hebat lain seperti Azhan Rani,

Ellie Suriatiy, Remy Ishak dan Datuk Rahim Razali,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia