Harian Metro

BELUM TAYANG DAH ‘meletup’

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Walaupun belum ditayangka­n, filem yang mengupas isu wanita Muslimah, Hijabsta Ballet sudah mendapat maklum balas positif daripada penonton menerusi tayangan khas yang diadakan sebelum ini.

Filem pertama terbitan Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) dan Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC) ini ditayangka­n mulai 3 Ogos depan.

Pengarahny­a, Syed Zul Tojo atau nama sebenarnya Syed Zulkifli Syed Masir berkata, pihaknya lega dengan maklum balas positif yang diterima termasuk daripada penonton bukan Islam.

“Filem ini memiliki kelainan kerana ia mengangkat tema keagamaan dengan memperkata­kan aurat wanita dan digabungka­n dengan tarian balet. Setakat ini, filem ini sudah ditayangka­n lebih 20 kali kepada umum khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Namun, ia hanya membabitka­n tayangan selama 60 minit pertama daripada naskhah terbabit. Ia adalah antara langkah awal untuk mempromosi­kan filem yang turut menyentuh isu diskrimina­si soal kerjaya, hobi dan minat wanita Islam,” katanya.

Syed Zul Tojo berkata, kajian juga membabitka­n 3,000 responden yang memberi maklum balas pada naskhah filem itu.

“Keputusan kajian membabitka­n penonton Melayu, Cina, India dan antarabang­sa malah

Hijabsta Ballet terima

maklum balas positif menerusi tayangan

khas termasuk daripada bukan Islam

majoriti memberi rating tujuh hingga 10 serta bersetuju model penceritaa­n filem ini termasuk menampilka­n pelakon baru sebagai watak utama.

“Kami turut menerima maklum balas daripada penonton bukan Islam yang menganggap filem ini wajar ditonton semua orang kerana ia memperkata­kan mengenai hijab dan kebebasan untuk melakukan aktiviti luar,” katanya.

Syed Zul berkata, dia tetap berdebar menanti maklum balas penonton apabila filem itu menjengah pawagam tanah air nanti.

“Walaupun filem ini mendapat maklum balas positif menerusi tayangan khas dan kajian awal dijalankan tapi sama ada filem ini berjaya mencecah kutipan pecah panggung atau tidak tetap bergantung pada penilaian dan sambutan penonton di pawagam nanti,” katanya.

Bukan saja ada kelainan, Hijabsta Ballet turut mempertaru­hkan bakat baru dalam bidang lakonan iaitu Puteh Maimun Zahra selaku teraju utamanya.

Selain Puteh Maimun, filem ini menampilka­n barisan pelakon baru dan lama iaitu Danny Syazlee, Afeera Rahman, Betty Benafe, Aida Khalida, Aman Graseka dan Keena Mentor.

 ??  ?? PUTEH Maimun pegang watak utama sebagai Adele.
PUTEH Maimun pegang watak utama sebagai Adele.
 ??  ??
 ??  ?? MAJLIS pelancaran filem Hijabsta Ballet berlangsun­g di Kafe Skrin.
MAJLIS pelancaran filem Hijabsta Ballet berlangsun­g di Kafe Skrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia