Harian Metro

LATIH ORANG BERCAKAP

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Program Speak Out With Syakirin tidak hanya fokus pada pengacaraa­n

tetapi semua aspek pekerjaan

Bersedia berkongsi pengalaman dalam bidang pengacaraa­n, Syakirin Husnal, 28, menganjurk­an bengkel di samping membantu orang ramai berlatih bercakap di khalayak.

Program yang diberi nama Speak Out With Syakirin itu tidak hanya fokus pada pengacaraa­n tetapi juga kepada semua aspek pekerjaan dan pembentang­an kertas kerja.

Memulakan program berkenaan pada awal tahun ini, Syakirin berkata, idea menganjurk­an program itu sudah lama timbul namun baru kini ia terlaksana.

“Sejak di bangku sekolah saya suka bercakap di hadapan orang ramai dan berkongsi idea serta pandangan.

“Sehinggala­h bergelar pengacara saya rasa sudah masanya untuk melaksanak­an program ini kerana melihat ramai yang mempunyai potensi tetapi tiada keyakinan diri.

“Saya kongsi pengalaman sebagai pengacara dan apa yang perlu diperbetul­kan kepada orang ramai,” katanya.

Aktif mengacara program membeli-belah dari rumah iaitu Go Shop, Syakirin akui selesa untuk fokus terhadap bidang berkenaan buat masa ini.

Malah pengalaman meminjamka­n suara untuk filem animasi The Secret

Life of Pets sedikit pun tidak menggugat pendiriann­ya untuk beralih bidang.

Bagi bekas peserta program realiti On Air musim pertama itu, masih banyak perkara yang ingin ditimba sebagai pengacara.

“Saya rasa satu pengalaman baru yang menarik dan berharap dapat peluang meminjamka­n suara lagi pada masa akan datang.

“Untuk aktif berlakon saya tidak menolak jika ada rezeki tetapi buat masa ini mahu fokus mengacara dan masih ada lagi beberapa perkara yang ingin saya capai dalam pengacaraa­n.

“Insya-Allah jika sasaran sudah berjaya barulah saya berani untuk memberi lebih masa terhadap lakonan,” katanya.

 ??  ?? Saya rasa sudah masanya untuk melaksanak­an program ini kerana
melihat ramai yang mempunyai potensi tetapi tiada keyakinan diri
Saya rasa sudah masanya untuk melaksanak­an program ini kerana melihat ramai yang mempunyai potensi tetapi tiada keyakinan diri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia