Harian Metro

PISANG GORENG MENGHIBURK­AN

-

menerusi makanan.

“Maka muncul idea menggabung­kan muzik dan makanan berkenaan dengan sedikit elemen jiwang sedikit. Hanya suka-suka, tidak sangka lagu Pisang Goreng itu mendapat reaksi luar biasa.

“Maklum saja, video memasak adalah terlalu biasa kalau hendak letak dalam YouTube atau media sosial lain. Jadi kenapa tidak saya gabungkan muzik dan makanan sekali?,” katanya.

Sid menganggap ia tuah buatnya kerana selepas lagu berkenaan, dirinya mula mendapat perhatian terutama daripada peminat di Indonesia.

Apapun, baginya dia belum berasa dirinya sudah cukup dikenali walaupun namanya mula disebut-sebut.

Bagi Sid, dia masih hijau dalam bidang muzik walaupun menjadi antara pencipta lagu kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

“Terus terang, nama saya masih kecil. Jadi, kalau mahu bezakan antara kehidupan sebelum ini dan selepas bergelar artis, masih tiada perbezaan ketara.

“Namun saya bersyukur apabila orang mula membuka mata dengan bakat saya. Biar perlahan tetapi ada perkembang­an positif dan pada masa sama saya mahu terus perbaiki diri,” katanya.

Muncul dengan single Di Hati sebelum ini, bagi Sid laluannya dalam bidang muzik nyata indah kerana dirinya jadi buruan sebagai komposer walaupun masih baru.

Sebagai komposer,

Sid juga menjadi pilihan beberapa penyanyi untuk mencipta lagu mereka antaranya Wany Hasrita.

“Saya ada terbabit dalam penghasila­n lagu Wany dan peluang itu sesuatu yang cukup baik. Tiada masalah sangat untuk menghasilk­an lagu yang sesuai buat penyanyi itu,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kerjaya seni, Sid kini dalam perancanga­n menghasilk­an EP yang dijangka siap pada awal tahun depan.

“Saya juga akan tampil dengan single kedua tidak lama lagi dan dijangka dilancarka­n hujung tahun ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia