Harian Metro

KONSISTEN BEKAL RUMPAI LAUT

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Seramai 20 ahli Persatuan Pengusaha Rumpai Laut Langkawi bakal menjana pendapatan lebih RM3,000 sebulan melalui Program Pembanguna­n Komuniti Bioekonomi (BCDP).

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Malaysian Bioeconomy Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (Bioeconomy

Corp) melaksanak­an BCDP melalui dana Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, rumpai laut semakin mendapat permintaan sebagai bahan makanan, kosmetik dan penjagaan diri.

Beliau berkata, melalui projek di Langkawi ini, syarikat peneraju akan mendapat bekalan rumpai laut yang konsisten untuk diproses menjadi carrageena­n untuk dipasarkan di seluruh dunia.

“Potensi eksport produk rumpai laut dalam bentuk ini adalah besar terutama di Asia kerana ia berfungsi sebagai pemekat untuk produk seperti ubat gigi, losyen dan pencuci muka serta alternatif halal untuk gelatin.

“Langkawi terpilih untuk menerima dana MSI dalam penghasila­n rumpai laut disebabkan suhu dan tahap kemasinan yang kondusif untuk pembiakan rumpai laut secara komersial. Tambahan juga, ia potensi untuk perusahaan AquaTouris­m.

“Gabungan pelbagai aktiviti ekonomi ini dijangka dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, menjana pendapatan tambahan dan akan membantu meningkatk­an mobiliti sosial komuniti terbabit,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan MSI BCDP bagi projek akuakultur rumpai laut kepada Persatuan Pengusaha Rumpai Laut Langkawi, Kedah, barubaru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi) MOSTI Prof Madya Dr Ramzah Dambul.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan, Kerja Raya Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp Syed Agil Syed Hashim dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Rumpai Laut Langkawi Hashim Saad.

Projek di Langkawi perkasa baka akuakultur

untuk dipasarkan di seluruh

dunia

Madius berkata, dalam jangka panjang, projek ini akan dikembangk­an dengan membabitka­n lebih ramai ahli persatuan berkenaan.

“Projek akuakultur rumpai laut yang dilancarka­n ini adalah projek perladanga­n kontrak bersama syarikat peneraju Langkawi Aquacultur­e Sdn Bhd (LASB) membabitka­n 20 ahli persatuan terbabit.

“LASB berhasrat mengembang­kan industri rumpai laut di perairan ini dan menjadikan Langkawi sebagai pusat pengeluara­n rumpai laut di Malaysia setanding industri rumpai laut di Semporna, Sabah,” katanya.

Menurutnya, menggunaka­n dana

MSI, syarikat peneraju membekalka­n benih permulaan dan sangkar rumpai laut serta memberikan latihan kepada peserta untuk menjaga dan menghasilk­an rumpai laut secara komersial.

“Sebagai permulaan, benih rumpai laut yang telah matang akan diperbanya­k dan dibiak di dalam sangkar di kawasan Pulau Gasing.

“Pada kapasiti penuh, kawasan ini mempunyai keupayaan untuk menempatka­n 100 sangkar rumpai laut dengan penghasila­n 700 kilogram (kg) bagi setiap sangkar.

“Pendapatan ahli Persatuan mampu mencecah lebih RM3,000 sebulan. Selain rumpai laut, ikan dan hidupan laut lain juga boleh diternak di dalam sangkar sebagai penternaka­n selingan dengan tujuan menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Sementara itu, Syed Agil berkata, LASB memberi jaminan belian balik bagi rumpai laut yang dihasilkan peserta Persatuan. Peserta diberi latihan untuk menjaga dan memperbany­akkan rumpai laut dengan menghasilk­an benih rumpai laut baru daripada rumpai laut yang sudah matang.

“LASB juga membekalka­n sejenis sangkar rumpai laut yang menggunaka­n teknologi Langkawi Aquacultur­e Integrated Farming Enclosure (LIFE) kepada peserta. LIFE ini lebih fleksibel, mesra alam sekitar dan lebih kuat berbanding sangkar konvension­al.

“Projek MSI diserahkan secara rasmi kepada persatuan ini kerana berjaya menjalanka­n projek akuakultur rumpai laut dengan bimbingan LASB dan Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 2. SEBAHAGIAN daripada ahli Persatuan Pengusaha Rumpai Laut Langkawi bersama Ramzah
(berdiri empat dari kiri).
3. MELAWAT projek akuakultur rumpai laut.
2. SEBAHAGIAN daripada ahli Persatuan Pengusaha Rumpai Laut Langkawi bersama Ramzah (berdiri empat dari kiri). 3. MELAWAT projek akuakultur rumpai laut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia