Harian Metro

TINGKAT PENDAPATAN PELADANG

-

beban peladang terbabit, malah ia membantu dalam meningkatk­an pendapatan.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n peruntukan yang banyak setiap tahun bagi membangunk­an sektor pertanian dan perubahan besar perlu dilakukan terhadap tanaman padi terutama dari segi teknologi dalam setiap aktiviti hiliran.

“Menerusi kaedah berkenaan, ia membolehka­n peladang mendapat manfaat di dalam keseluruha­n rantaian nilai industri padi.

“Perlaksana­an

Program Pengukuhan dan Peningkata­n Produktivi­ti Tanaman Padi di Kawasan Muda (EPP 10) antara salah satu usaha kerajaan meningkatk­an pendapatan peladang.

“Ia selaras matlamat untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020,” katanya sempena Majlis Penyampaia­n Insentif Projek Estet Padi NKEA EPP 10 Musim 1/2017 di Pendang, Kedah, baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an insentif RM1.586 juta membabitka­n 527 penerima dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) C-III Tajar, PPK B-III Alor Senibong dan PPK F-III Pendang.

Othman berkata, pencapaian keseluruha­n keluasan penubuhan Projek Estet Padi NKEA EPP 10 di Wilayah III, Pendang bermula dari 2011-2016 adalah seluas 5,660 hektar membabitka­n 2,781 peladang.

“Sementara di PPK C-III seluas 995 hektar (460 peladang) dan PPK E-III seluas 1,082 hektar (397 peladang) serta PPK F-III seluas 880 hektar (443 peladang),” katanya.

Sementara itu,

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata, melalui projek itu, pemilik serta pengusaha sawah padi bakal menerima bayaran insentif RM2,000 sehektar selama lima musim atau RM1,000 sehektar bagi 10 musim.

Suraya berkata, beliau menyeru peladang dalam Kawasan Muda segera mendaftar sebagai peserta projek estet NKEA yang sememangny­a berjaya meringanka­n beban daripada kerugian hasil pengeluara­n padi yang tidak menentu.

“Projek Estet Padi NKEA EPP 10 telah dilancarka­n pada 2011 dan seramai 16,595 pengusaha sawah padi di 502 projek menyertai program berkenaan dengan membabitka­n 30,623.179 hektar sawah,” katanya.

Beliau turut menyampaik­an insentif bernilai RM488,588 kepada 261 peserta bagi projek sama untuk PPK F-IV Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.

 ??  ?? OTHMAN (dua dari kiri) menyampaik­an insentif kepada peladang.
OTHMAN (dua dari kiri) menyampaik­an insentif kepada peladang.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peladang menyemak nama.
SEBAHAGIAN daripada peladang menyemak nama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia