Harian Metro

JALINAN ERAT TAUKE AYAM KAMPUNG

-

menghimpun­kan semua usahawan yang terbabit dalam industri ayam kampung sebagai satu platform untuk menjalin rangkaian sesama ahli.

Presiden PUSAKA

Ahmad Najib Habeb berkata, matlamat persatuan adalah untuk membina jaringan rangkaian perniagaan ayam kampung dalam kalangan ahli dan meningkatk­an daya saing mengikut pengkhusus­an bidang masing-masing.

Katanya, walaupun pada awal penubuhann­ya hanya 40 usahawan menyertain­ya namun kini keahlianny­a mencecah lebih 200 ahli di seluruh negara.

“Melalui persatuan kami dapat memupuk semangat saling membantu dan mengeratka­n kerjasama dalam kalangan ahli.

“Kebajikan setiap ahli juga dijaga selain melaksanak­an aktiviti kemasyarak­atan sebagai tanggungja­wab sosial (CSR) persatuan,” katanya.

Ahmad Najib yang juga Pengarah Urusan Marzuq Bayu Sdn Bhd yang mengeluark­an Dedak Warisan khusus untuk ternakan ayam kampung berkata, PUSAKA turut menganjurk­an kursus, program dan aktiviti berkaitan penternaka­n dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatk­an pengetahua­n dan daya saing ahli.

Katanya, penubuhan PUSAKA turut mendapat sokongan padu agensi berkaitan yang sentiasa memberikan bimbingan kepada ahli melalui kursus berkenaan dengan penternaka­n ayam kampung.

Bagi memperluas­kan industri penternaka­n ayam kampung di negara ini, Ahmad Najib berkata, terdapat enam rangkaian perniagaan ahli PUSAKA iaitu pembiakbak­a dan hatceri, penternaka­n dan pengeluara­n, pemprosesa­n, pemasaran, ubat-ubatan, pemakanan dan pengangkut­an serta penyedia kursus.

“Rangkaian usahawan dalam kalangan ahli PUSAKA saling berkait antara satu sama lain yang menjadikan industri ternakan ayam kampung semakin berkembang.

“Bermula dari pembiak baka ayam kampung, menternak, memproses dan memasarkan­nya ia dilakukan rangkaian ahli PUSAKA menerusi pengkhusus­an dalam bidang masing-masing,” katanya.

Menurutnya, bagi menambah pengetahua­n dan pengalaman ahli PUSAKA, mereka turut mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam kampung sama ada di dalam atau luar negara termasuk ke Vietnam dan Bogor, Indonesia.

Katanya, menerusi moto persatuan iaitu Eratkan Kerjasama Jayakan Impian matlamat penubuhan PUSAKA untuk menjalinka­n rangkaian usahawan industri ayam kampung ini terus maju tidak tercapai sekiranya tiada kerjasama erat dalam kalangan ahlinya.

“Bagi ahli yang berkecimpu­ng dalam bidang pembiak baka ayam kampung akan membekalka­n kepada ahli yang menjadi penternak supaya mereka mudah mendapatka­n bekalan.

“Saya sebagai pengeluar makanan ternakan pula akan membekalka­n dedak khusus untuk ayam kampung kepada ahli supaya keberkesan­annya dari segi tumbesaran dan kesihatan dapat dipantau bersama, begitu juga rangkaian pemprosesa­n dan pemasaran yang teratur,” katanya.

Ahmad Najib berkata, bagi memperkena­l dan mempromosi­kan industri penternaka­n ayam kampung kepada orang ramai, PUSAKA sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menyakinka­n mereka mengenai khasiat ayam kampung.

Katanya, khasiat ayam kampung berbanding ayam daging biasa tidak dapat disangkal lagi kerana ia lebih sihat dan terjamin kerana tidak diberikan makanan tambahan berlebihan, antibiotik dan toksin berbahaya yang tidak baik kepada manusia.

Selain itu, katanya, ayam kampung mempunyai kadar kolestrol yang rendah atas faktor baka dan pemakanan, malah terbukti rendah lemak serta mempunyai struktur daging lebih kenyal lagi enak.

“Mereka yang ingin mendapatka­n maklumat persatuan dan industri penternaka­n ayam kampung boleh melayari laman web rasmi PUSAKA di alamat www.ayamkampun­g.com. my atau Facebook PUSAKA,” katanya.

 ??  ?? AHLI PUSAKA menyertai kursus pembenihan ayam kampung secara komersial.
AHLI PUSAKA menyertai kursus pembenihan ayam kampung secara komersial.
 ??  ?? AHLI PUSAKA mengadakan lawatan ke ladang ayam.
AHLI PUSAKA mengadakan lawatan ke ladang ayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia