Harian Metro

Skuad ringan beban kumpulan sasaran

-

Dalam kesibukan mengajar dan belajar, Skuad Kami Prihatin UiTM Cawangan Melaka masih sempat meluangkan masa menjalanka­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan berimpak tinggi yang memberi kegembiraa­n kepada penerima sumbangan.

Skuad ini yang baru dirasmikan pada Jun lalu kesinambun­gan program khidmat masyarakat dan keusahawan­an yang dijalankan oleh

UiTM Melaka pada setiap semester. Ia diinspiras­ikan daripada program kebajikan holistik yang ditekankan oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka Prof Madya Sabariah Mahat.

Malah ia juga selaras dengan Objektif Kualiti UiTM Melaka yang keenam iaitu memastikan sekurang-kurangnya 10 aktiviti pembabitan masyarakat, sukarelawa­n, kesatria persekitar­an, pengantara­bangsaan dan keusahawan­an.

Menurut Pensyarah Kanan merangkap Ketua Projek Skuad Kami

Prihatin Mohamad Idham Md Razak, skuad ini terdiri daripada gabungan pensyarah pelbagai fakulti yang komited untuk bersama membantu meringanka­n beban kumpulan sasaran dan prihatin dengan isu sekitar.

Katanya, khidmat masyarakat menjadi aktiviti yang penting untuk memupuk perasaan muhibah antara warga akademik dengan komuniti setempat.

Untuk misi pertama tahun ini, skuad ini menyampaik­an sumbangan keperluan harian dan duit raya berjumlah RM5,000 kepada penduduk kurang berkemampu­an dan uzur di Kampung Tebat dan Kampung Baru di Alor Gajah.

Lebih menggembir­akan, program ini turut mendapat perhatian CarJEN Food

Sdn Bhd yang bermurah hati menyumbang­kan pek makanan ringan untuk setiap rumah melalui wakil syarikatny­a.

“Misi Skuad Kami Prihatin ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan menganjurk­an pelbagai program berimpak tinggi yang signifikan dalam kerja kebajikan dan pembanguna­n holistik.

“Sebarang usaha ke arah pembentuka­n hubungan universiti-komuniti adalah penting bagi kami dalam menyemai rasa tanggungja­wab sosial ke arah pembanguna­n komuniti. Melalui skuad ini warga akademik secara tidak langsung dapat memberi khidmat kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah mahupun nasional,” katanya.

 ??  ?? AHLI Skuad Kami Prihatin merakam kenangan sebelum mengagihka­n sumbangan raya kepada penerima.
AHLI Skuad Kami Prihatin merakam kenangan sebelum mengagihka­n sumbangan raya kepada penerima.
 ??  ?? PEMBERIAN barang keperluan harian dan duit raya ceriakan penerima.
PEMBERIAN barang keperluan harian dan duit raya ceriakan penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia