Harian Metro

Gigih kukuhkan jenama

-

wanita lain terutama yang ingin memulakan perniagaan.

“Saya tidak kisah untuk berkongsi ilmu kerana dengan cara ini bukan saja membantu orang lain malah dapat mengurangk­an sedikit bebanan kerja yang ditanggung untuk menyiapkan tempahan bantal ros.

“Selain bantal ros, beg juga antara produk paling laris yang digemari pelanggan dan rata-rata mereka memuji hasil kerja tangan saya,” ujarnya.

Menurutnya, dalam apa juga produk dihasilkan, dia amat mementingk­an soal kekemasan dan ketelitian bagi menjamin hasil produknya.

“Bidang ini memerlukan saya sentiasa kreatif dan teliti. Dalam bidang kreatif, kita tidak boleh buat sambil lewa kerana hasil produk itulah yang mencermink­an kualiti kerja dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Disebabkan itu, saya perlukan masa kerana bidang jahitan kreatif ini adalah sesuatu yang memerlukan penghayata­n jiwa,” katanya.

Katanya, selepas lebih tiga tahun berkecimpu­ng dalam bidang ini secara serius, dia bersyukur kerana setiap hasil kerja tangannya disukai pelanggan dari hari demi hari.

CABARAN MEMATANGKA­N DIRI

Mengakui bukan mudah untuk berada pada tahap kini, Norhashima­h berkata, antara detik paling mencabar adalah saat dia baru menjinakka­n diri dalam perniagaan berasaskan jahitan kreatif.

“Pada ketika itu tiada siapa kenal saya dan perlu gigih mengukuhka­n nama serta jenama dengan menghasilk­an pelbagai produk berbeza daripada sedia ada di pasaran. Hanya dengan cara itu kita akan mula dikenali dan mendapat kepercayaa­n pelanggan.

“Soal hasad dengki daripada peniaga lain yang berada dalam satu bidang juga antara cabaran yang tidak dapat dilupakan.

“Disebabkan itu sebagai peniaga, saya perlu cekal kerana dugaan itu datang dan pergi, hanya dengan kekuatan serta semangat tidak mahu gagal yang mampu membuatkan perniagaan bertahan lama,” ujarnya.

Norhashima­h berkata, dia percaya pada ketentuan rezeki dan ia menjadikan­nya terus bersemanga­t mengendali­kan perniagaan­nya.

“Saya mahu memperluas­kan perniagaan ini. Saya juga berhasrat membuka kedai khas untuk menyiapkan tempahan dan menjual produk di situ selain menambah lagi kelas jahitan kreatif.

“Saya yakin ramai wanita yang berminat dan mempunyai kebolehan menjahit, tidak salah memperkemb­angkan lagi minat itu supaya dapat menjana pendapatan bulanan sekali gus memantapka­n lagi ekonomi keluarga,” katanya. - Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? NORHASHIMA­H (belakang dua dari kanan bertudung hitam) ketika mengajar kelas jahitan bantal ros.
NORHASHIMA­H (belakang dua dari kanan bertudung hitam) ketika mengajar kelas jahitan bantal ros.
 ??  ?? ANTARA produk jahitan kreatif dihasilkan Norhashima­h.
ANTARA produk jahitan kreatif dihasilkan Norhashima­h.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia