Harian Metro

Air bersih untuk 1,000 keluarga

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Air bersih sumber yang penting dalam memenuhi keperluan kehidupan saban hari. Tanpa sumber air yang mencukupi pelbagai aktiviti harian seperti memasak dan membasuh sukar disempurna­kan dengan baik.

Memahami kepentinga­n sumber air yang bersih, Coway Malaysia memulakan misinya untuk menyediaka­n bekalan air bersih kepada 1,000 keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Usaha ini dinyatakan menerusi kerjasama jenama itu bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk memulakan fasa pertama tanggungja­wab korporat sosial (CSR) jangka panjang yang dikenali sebagai ‘Happy Water Project’.

Pengarah Urusan Coway (M) Sdn Bhd, Kyle Choi Ki-Ryong berkata, ia adalah sebahagian daripada perkhidmat­an komuniti jangka panjang syarikat.

“Kami amat terkesan apabila mendapati ramai rakyat Malaysia di kawasan pedalaman tidak mendapat sumber air bersih.

“Saluran kepada bekalan air bersih sangat penting untuk setiap orang dan kami berharap projek ini dapat meningkatk­an taraf hidup mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Fasa pertama ini membantu lebih 327 penduduk daripada 73 keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman Kampung Sungai Tiang, Cameron Highlands.

Ketika dihubungi, komuniti ini masih belum menerima sumber bekalan air bersih untuk kegunaan harian kerana penggunaan air yang banyak di ladang dan kekurangan paip khusus untuk perkampung­an mereka.

Mereka hanya menggunaka­n air yang diperoleh dari sungai dan gunung untuk memasak, minum serta melakukan kerja rumah yang lain.

Sistem penuaian air hujan yang disediakan direka khas supaya ia mudah diselengga­ra dan dilengkapi pam bagi menampung penggunaan air di gunung.

Ini adalah penyelesai­an ringkas dan berguna bagi penduduk kampung Orang Asli, memudahkan mereka untuk menjaganya tanpa memerlukan tenaga buruh yang berkemahir­an.

“Penajaan sistem penuaian itu akan dilaksanak­an secara berterusan dengan kerjasama JAKOA sepanjang tempoh lima tahun.

“Kami memilih kampung yang tidak mendapat sumber bekalan air daripada kerajaan atau bekalan sumber air yang tidak mencukupi untuk keperluan harian.

“Kami berharap agar kesedaran untuk mendapatka­n air yang bersih, jernih dan lebih baik akan bertambah dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, wakil ibu pejabat JAKOA, Rozalizam Ab Rahman; wakil JAKOA Cameron Highlands, Muzamir Md Shukri dan Pengarah Pemasaran Coway Malaysia, Ryan Jung.

Pada masa sama, jenama berkenaan juga bekerjasam­a dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) menerajui kempen CSR digital, ‘Little Heart for Cancer’.

Gerakan yang bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n mengesan kanser pada peringkat awal dalam kalangan orang ramai ini berjaya mendapat maklum balas yang baik dengan penyertaan lebih 90,000 peserta di Facebook.

Sebagai balasan, Coway menaja sebanyak 25 unit penapis air, Core kepada NCSM dan wad Institut Radioterap­i dan Onkologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 ??  ?? DARI kiri, Rozalizam dan Muzamir menerima penghargaa­n daripada Kyle sambil disaksikan,Ryan.
DARI kiri, Rozalizam dan Muzamir menerima penghargaa­n daripada Kyle sambil disaksikan,Ryan.
 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Ryan dan Kyle menunjukka­n pemasangan sistem penuaian air hujan kepada Muzamir .
DARI kiri, Ryan dan Kyle menunjukka­n pemasangan sistem penuaian air hujan kepada Muzamir .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia