Harian Metro

MAKANAN WAJIB ORANG GEMENCHEH

- Kusyi Hirdan kusyihirda­n@gmail.com

Rendang maman ayam dan daging juadah istimewa pada musim raya

Rendang bercampur maman? Bagaimana rasanya? Lalu penulis berusaha menjejak rendang itu kerana dua perkara mahu mengetahui mengenai makan dan mencubanya sendiri.

Menjejak rendang maman bukan mudah kerana maklumat awal yang ada ialah ia berasal dari Negeri Sembilan. Kemudian, pencarian semakin mengecil apabila daerah Gemencheh dikatakan tempat tumpuan untuk ‘bertemu’ rendang maman.

Selepas bertanya orang dan mengesan di laman sosial, kami menuju Kampung Geduk dan diberitahu, cari rumah bersebelah­an sekolah berwarna hijau. Kedatangan kami disambut lelaki bernama Zul, suami guru yang pakar membuat rendang maman, Rosnah Abdullah.

Rosnah mengusahak­an jualan rendang maman ayam dan daging sejak

April 2015, terpanggil memperkena­lkan masakan yang sudah lama bertapak dalam keluargany­a. Emaknya sendiri adalah tukang masak di kampung mereka menjadikan Rosnah, anak bongsu dari 10 beradik biasa mengikut sama kerana perlu menolong kerja memasak.

“Emak dulu, kalau memasak sangat berdisipli­n dan tidak suka dikacau tetapi saya antara anak yang memang suka memasak dan mahu belajar. Saya melihat cara dia memasak rendang maman dan itu resipi yang saya gunakan hari ini,” katanya.

Perkahwina­n anak sulung Rosnah Januari lalu adalah hari istimewa baginya sekeluarga dan mereka meraikan tetamu dengan memasak 100 kilogram rendang maman. Selain kenduri-kendara, rendang maman menjadi makanan wajib keluarga Rosnah dan majoriti orang Gemencheh pada musim raya.

“Dimakan bersama ketupat dan lemang. Tidak berseri raya kalau tanpa rendang maman ayam atau daging. Dahulu, daun maman kami tanam sendiri di kawasan rumah cuma sekarang apabila sudah diniagakan, kami memerlukan kuantiti yang banyak dan perlukan pembekal dari ladang. Gemencheh memang tempat asal rendang maman di Negeri Sembilan. Sekiranya datang musim raya, boleh nampak betapa popularnya ia dijual sepanjang jalan. Memang meriah dengan maman dan rendang maman.” tahun lalu. Anak pula ada lima orang, semuanya masih belajar dan perlukan perbelanja­an tinggi. Saya juga menjaga emak dan menggajika­n pembantu khas untuknya. Semua itu perlukan kewangan. Allah melorongka­n saya untuk menggunaka­n ilmu yang ada ini,” katanya.

Sebagai guru, Rosnah akan memasak pada hujung minggu atau selepas pulang dari sekolah. Dia memastikan jadual dan tugasan sebagai guru didahuluka­n seperti kurikulum tambahan.

Rosnah bercerita bagaimana pada peringkat awal dia mengambil tempahan bermula dengan kenalan dan seterusnya ke pejabat kerajaan. Jadi, setiap kali membuatnya, tempahan

 ??  ?? ROSNAH bersama rendang maman.
ROSNAH bersama rendang maman.
 ??  ?? BAHAN yang diperlukan untuk rendang maman ayam atau daging.
BAHAN yang diperlukan untuk rendang maman ayam atau daging.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia