Harian Metro

DEKORASI RUMAH ANAK YATIM

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ibu bapa dijemput jayakan program bina ruang selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik

Drypers, selaku peneraju jenama lampin pakai buang di Malaysia menjalanka­n program tanggungja­wab korporat sosial (CSR), Share A Little Comfort CSR bagi tahun ini.

Susulan kempen pertama yang dilancarka­n tahun lalu, program itu kini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Drypers dalam usaha mewujudkan ruang selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

Seperti tahun lalu, program itu bertujuan memperbaha­rui rumah anak yatim supaya menjadi kediaman lebih selesa dengan bantuan ahli Drypers Baby Club.

Berbanding tahun lalu, program inisiatif tahun ini diperluask­an ke kawasan di luar Lembah Klang dan sekitar pedalaman. Justeru, Share A Little Comfort menjemput ibu bapa penyayang menyumbang mata ganjaran Drypers Baby Club sebagai sumbangan kepada penganjur atau menjadi sukarelawa­n dalam menjayakan kerja membaik pulih dan mengubah suai kediaman.

Pengarah Pemasaran Vinda Group (South East Asia), Evelyn Chan berkata, matlamat pihaknya adalah untuk merombak suasana rumah supaya kanak-kanak mempunyai ruang lebih selesa dan menyenangk­an.

“Share A Little Comfort menghubung­kan kalangan ibu bapa yang rata-rata suka membantu supaya dapat menambah baik kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Ibu bapa boleh memilih sama ada membantu dalam bentuk sumbangan mata ganjaran Drypers Baby

Club ataupun menawarkan bantuan fizikal secara sukarela. Apa cara sekalipun, sumbangan mereka tetap penting dan amat bermakna,” katanya.

Kempen itu nyata sesuai dengan jenama Drypers yang mementingk­an aspek keselesaan, pembanguna­n ikatan dan mewujudkan hubungan unik dengan mengajak komuniti melakukan sesuatu berbeza dalam cara yang mampu meninggalk­an kesan dan kekal lama.

Ahli Drypers Baby Club digalakkan menyumbang mata ganjaran (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) dalam jumlah

100, 300 atau 500 menerusi akaun dalam talian.

Matlamat akhir Drypers adalah mengumpul satu juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000 dengan setiap sumbangan dipadankan sendiri oleh Drypers.

Drypers kini sudah mengenal pasti empat rumah anak yatim yang memerlukan penambahba­ikan iaitu dua daripadany­a terletak di luar Lembah Klang.

Baik pulih kediaman pertama ialah di Chemor, Perak dijalankan pada 22 April lalu seiring dengan Hari Pengiktira­fan Sukarelawa­n.

Sukarelawa­n daripada Vinda Group, ibu bapa dan profesiona­l turun padang menghulurk­an bantuan dalam menaik taraf

Yayasan Amanah An-Nur Maisarah iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak

2006 untuk menyediaka­n kemudahan penginapan dan pendidikan kepada kanak-kanak lelaki berusia setahun hingga 17 tahun.

Pelbagai penambahba­ikan dilakukan ke atas rumah anak yatim itu yang kini menjadi kediaman kepada 53 kanak-kanak. Antara yang dilakukan ialah membaiki siling dan pintu, menggantik­an kipas dan perkakasan elektrik, mengecat dinding dengan warna lebih ceria dan menyediaka­n katil baru.

Bagi menjayakan usaha itu, Drypers sekali lagi menjalinka­n kerjasama dengan Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif CSR ini.

Sebagai jenama lampin pakai buang pilihan ibu bapa Malaysia sejak lebih 17 tahun lalu, Drypers dikenali sebagai peneraju dalam menyediaka­n keselesaan kepada si kecil. Drypers sepenuh hati percaya bahawa setiap kanak-kanak layak untuk merasai keselesaan dan disayangi. Pastinya program CSR sebegini adalah contoh yang terbaik dalam merealisas­ikan nilai ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Drypers dan kempen program dijalankan, layari www.drypers.com.my

 ??  ?? KEMPEN Share A Little Comfort CSR Drypers bagi tahun in
KEMPEN Share A Little Comfort CSR Drypers bagi tahun in
 ??  ?? ANTARA program dijalankan ketika aktiviti CSR Drypers.
ANTARA program dijalankan ketika aktiviti CSR Drypers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia