Harian Metro

Olahan selera tempatan

 Me’nate Steak Hub tawar hidangan istimewa ikut resipi tersendiri

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Bagi penggemar daging dan makanan Barat khasnya, keenakan stik di restoran Me’nate Steak Hub memang terbaik.

Perapan daging istimewa dan rasa keaslianny­a cukup mempesona.

Apatah lagi, tiada keraguan dari segi status halal daging premium yang diimport dari Australia.

Pengarah Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, berkata, semua menu di restoran itu mempunyai resipi tersendiri yang diolah mengikut selera masyarakat tempatan.

“Kami menawarkan pelbagai kumpulan stik merangkumi daging lembu dan kambing serta ayam yang sesuai untuk seisi keluarga.

“Pilihan makanan kami tidak terhad kepada stik sahaja. Kami mempelbaga­ikan menu dengan hidangan ikan, pasta dan pencuci mulut untuk pelanggan,” katanya.

Antara hidangan popular di restoran itu ialah stik wagyu, angus ribeye,

lamb rack, pasta, spageti,

T-bone wagyu dan spageti bebola daging.

Menurut Syed Ashraf, selain masakan kampung yang lebih dekat di hati orang kita, masakan Barat semakin diminati.

“Tak kenal maka tak cinta.

Justeru, sesekali berubah selera dengan menjamu hidangan Barat tiada salahnya,” katanya.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Me’nate

Steak Hub menyajikan set kumpulan stik yang sesuai dimakan beramai-ramai untuk berbuka puasa.

Pelbagai pilihan boleh dinikmati mengikut pilihan pelanggan dan juga mengikut saiz kumpulan yang hadir.

Setiap set dihidangka­n sama ada untuk dua atau tujuh orang, didatangka­n dengan pilihan nasi beriani bukhari atau spageti aglio

olio, buah kurma, kuih dan air.

Harga bermula dari RM89.90 bagi dewasa dan RM39.90 untuk kanak-kanak.

Me’nate Steak Hub mempunyai cawangan di Setapak, Ampang Jaya, Bangi dan Shah Alam.

 ??  ?? PERAPAN daging istimewa dengan keaslian rasa sos cukup menyelerak­an.
KETUA Chef Me’nate, Chef Muhammad Fazli Abdullah menunjukka­n pelbagai hidangan di Me’nate Steak Hub.
SYED Ashraf
PERAPAN daging istimewa dengan keaslian rasa sos cukup menyelerak­an. KETUA Chef Me’nate, Chef Muhammad Fazli Abdullah menunjukka­n pelbagai hidangan di Me’nate Steak Hub. SYED Ashraf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia