Harian Metro

Hanya terbayang anak isteri

- Shamsul Munir Safini am@hmetro.com.my

“S ebaik tidak dapat gerakkan kaki, saya hanya terbayang anak bini.” Itu kata-kata Lans Koperal Syed Mohamad Farli Syed Alwi, 30, sejurus sedar selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Kepala Batas (HKB) kerana mengejar suspek penagih dadah jam 7 malam Jumaat lalu.

Namun, nasibnya baik selepas dia hanya retak di tulang pinggul dan dapat menggerakk­an kakinya selepas menerima rawatan.

Mengimbas kejadian itu, Syed Mohamad berkata, ketika itu dia mengiringi seorang suspek penagih dadah berusia 59 tahun yang menjalani pemeriksaa­n kesihatan di HKB kerana disyaki menghidap penyakit tibi.

Menurutnya, suspek itu digari pada katil sebelum mendapatka­n rawatan daripada pihak hospital sementara dia menunggu di luar wad.

“Saya dimaklumka­n pesakit lain bahawa suspek melarikan diri sebelum pemeriksaa­n di katilnya mendapati dia meloloskan tangannya daripada gari sebelum keluar dari tingkap di tingkat tiga hospital itu.

“Menyedari kejadian itu, saya mengejarny­a dengan keluar dari tingkap dan ketika itu saya sempat memegang baju suspek sebelum berlaku pergelutan.

“Sebelah tangan saya memegang baju suspek, manakala sebelah lagi memegang tingkap menyebabka­n saya hilang kawalan sebelum terjatuh ke tingkat bawah hospital dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, semalam.

Beliau menerima kunjungan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik dan wakil agensi bukan kerajaan (NGO) Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang menyampaik­an sumbangan kepadanya.

Syed Mohamad berkata, dia hanya sedar ketika ditempatka­n di wad kecemasan HKB dan ketika itu, tidak dapat menggerakk­an kaki serta sakit di bahagian pinggang.

Katanya, dia dirawat di HKB selama tiga hari sebelum dihantar ke HSJ bagi tujuan rawatan lanjutan dan nasibnya baik kerana tidak mengalami kecederaan parah serta mampu menggerakk­an kaki.

Sementara itu, Roslee berkata, polis menahan suspek berkenaan sejurus kejadian dengan bantuan pengawal keselamata­n HKB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia