Harian Metro

Alih-alih bantuan baiki rumah batal

-

Kepala Batas: Seorang bekas tentera yang pernah diserang hendap pengganas komunis terkilan kerana Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia diterimany­a sebelum ini dibatalkan tiba-tiba tanpa alasan munasabah.

Mat Rejab Arshad, 78, dari Simpang Empat Permatang Buloh, dekat sini, berkata, dia antara lima bekas tentera disenaraik­an untuk menerima bantuan berkenaan dengan namanya di kedudukan teratas, tetapi kecewa kerana ia tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, dia menerima surat tawaran bagi program berkenaan pada Februari lalu, disusuli pertemuan dengan empat pegawai tentera pada Jun lalu yang memaklumka­n mengenai program bantuan itu.

“Pihak berkaitan menjalanka­n kerja mengukur rumah untuk membaiki bumbung dan siling ketika Ramadan lalu.

“Saya dimaklumka­n kerja membaik pulih akan dilaksanak­an selepas Aidilfitri, namun akhirnya hampa apabila menerima panggilan telefon daripada pihak berkaitan Rabu lalu yang memberitah­u program itu dibatalkan tanpa sebarang alasan,” katanya, di sini, semalam.

Warga emas berkenaan berkata, sebelum ini dia turut diminta mencari rumah sewa bagi membolehka­n pekerja menginap di rumah berkenaan selama 10 hari bagi memudahkan kerja membaik pulih rumahnya dijalankan.

“Saya mencari rumah sewa sesuai, tetapi akhirnya malu sendiri kerana pihak yang mahu menyewa rumah itu membatalka­n rancangan berkenaan,” katanya.

Mat Rejab menyertai tentera British pada 1958 dan ditugaskan di Nee Soon, Singapura dalam Unit Royal Signal sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1966.

Ketika bertugas, dia pernah menyelamat­kan lapan daripada 10 anggota tentera dan 10 laras senapang M16 serta pistol ketika trak dipandunya diserang hendap pengganas komunis di Wang Padong, Sarawak pada 1971.

“Saya hampa apabila program itu dibatalkan tanpa sebarang alasan

Mat Rejab Arshad

 ??  ?? MAT Rejab menunjukka­n surat tawaran Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia yang diterimany­a tetapi dibatalkan pada saat akhir, semalam.
MAT Rejab menunjukka­n surat tawaran Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia yang diterimany­a tetapi dibatalkan pada saat akhir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia