Harian Metro

Impi harum nama negara

 Wakil pertanding­an robotik antarabang­sa janji persembaha­n terbaik

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my Kota Bharu

“S aya akan buat yang terbaik dan harumkan nama Malaysia di sana nanti,” kata Raja Adam Ahmad Raja Iskandar, 15, yang terpilih mewakili Malaysia ke pertanding­an robotik antarabang­sa di Washington, Amerika Syarikat, 16 Julai ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian itu terpilih mewakili negara bersama enam lagi pelajar lain termasuk Muhammad Razif Jamil (MRSM Lenggong), Janice Poh Zi Yi (SMK Convent Taiping) dan Muhammad Rais (SM Sains Sultan Mahmud).

Turut serta, Muhammad Arash Danial Mohd Hamdan (MRSM Johor Bahru), Khairul Amirin Syahrean dan Muhammad Fakhrul Khir Abdul Samat (Malay College Kuala Kangsar) yang berusia 15 ke 17 tahun.

Raja Adam Ahmad berkata, dia gembira apabila terpilih menyertai pasukan itu dan mereka sudah bersedia dengan melakukan pelbagai latihan membina robotik dalam beberapa siri pertemuan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, dia akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 14 Julai dan membawa bersama robot yang dibina bersama rakan sepasukan.

“Pertanding­an itu memberi cabaran kepada kami kerana disertai lebih 150 negara. Takut memang ada, tapi kami tetap bersemanga­t untuk melakukan yang terbaik,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telipot, semalam.

Terdahulu, pelajar tingkatan tiga itu menerima wang tunai RM2,000 untuk kegunaan ke pertanding­an itu yang disampaika­n Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Jaafar Ismail.

Sementara itu, Jaafar berkata, kejayaan Raja

Ahmad Adam menjadi peserta tunggal negeri dan mewakili Malaysia menjadi kebanggaan pihaknya serta seluruh warga pendidik.

“Ini satu contoh terbaik membuktika­n pelajar kita mampu berjaya dalam apa jua bidang hasil daripada pendidikan berkualiti ditawarkan selama ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAJA Adam Ahmad
RAJA Adam Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia