Harian Metro

Suami rebah menuju bank

-

Yan: “Saya tidak menyangka bunyi benda terjatuh di sebelah kereta kami sebenarnya bunyi suami terjatuh dan hanya menyedarin­ya selepas ramai datang membantuny­a.”

Itu kata Wan Maziah Hashim, 40, menceritak­an saat pilu kematian suami, Lans Koperal Mohd Ashri Abu Hassan, 46, akibat serangan jantung ketika hendak mengeluark­an wang di mesin juruwang elektronik (ATM) sebuah bank di Jalan Tunku Putra, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam, mangsa yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech dikatakan tiba-tiba rebah ketika berjalan ke mesin ATM berkenaan.

Wan Maziah berkata, kasut suaminya masih ada pada penutup longkang ketika rebah dan kepalanya dipercayai terkena bahagian simen kaki lima premis itu.

Katanya, ketika kejadian mereka bersama anak bongsu, Muhammad Firdaus berusia lapan tahun ke bank itu untuk membuat bayaran ansuran bulanan rumah.

“Malam tadi (kelmarin), kami memang merancang untuk keluar membayar duit rumah sebelum keluar makan malam.

“Dalam perjalanan arwah ada memicit kepalanya, tetapi apabila ditanya, dia mengatakan mungkin masalah angin.

“Apabila sampai di bank, arwah minta saya kunci kenderaan dan keluar seorang diri ke mesin ATM. Beberapa saat kemudian saya mendengar bunyi sesuatu terjatuh di sebelah kereta dan menyedari suami rebah,” katanya ketika ditemui di Kampung Sedaka Tengah, di sini, semalam.

Wan Maziah berkata, pada awalnya dia menyangka suaminya pengsan, namun terkejut selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kulim (HK) yang tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Menurut Wan Maziah, dia tidak mengetahui suami menghidap penyakit jantung, malah arwah dikatakan aktif dalam aktiviti sukan bola sepak.

 ??  ?? ORANG ramai melihat jenazah Mohd Ashri (gambar kecil) yang rebah ketika menuju ke bank di Jalan Tunku Putra, Yan, kelmarin.
ORANG ramai melihat jenazah Mohd Ashri (gambar kecil) yang rebah ketika menuju ke bank di Jalan Tunku Putra, Yan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia