Harian Metro

E-KAD KALIS TIPU

 PATI disenarai hitam cuba daftar program E-Kad digagalkan imigresen

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kita sudah memberikan tempoh secukupnya kepada majikan untuk mendaftark­an pekerja terdiri daripada PATI namun kesempatan diberikan tidak diambil sepenuhnya oleh mereka”

Mustafar

Putrajaya

Ada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah dihantar pulang dan disenarai hitam dikesan cuba bertindak licik untuk mendaftar program

Enforcemen­t Card atau E-Kad dalam usaha mendapatka­n pas kerja yang sah.

Bagaimanap­un, Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menggagalk­an cubaan mereka selepas mengesan 38 kes membabitka­n seramai 40 PATI selain menahan dua majikan.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata, semua kegiatan PATI terbabit dikesan menerusi cap jari serta rekod yang ada untuk mengesan identiti sebenar.

“Mereka menyusup masuk ke negara ini melalui jalan tidak sah dan cuba menyertai program pendaftara­n E-kad dalam usaha mendapatka­n pas kerja yang sah.

“Bagaimanap­un, ia dapat dikesan oleh jabatan ini apabila cap jari mereka diambil untuk semakan dan rekod dapat mengesan identiti sebenar dan status mereka yang disenarai hitam.

“Cubaan untuk mendaftark­an PATI tidak layak ini berjaya digagalkan dan sebanyak 38 kes dikesan dengan 40 PATI dan dua majikan ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mustafar berkata JIM menahan seramai 1,509 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan dalam 181 operasi penguatkua­saan dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga jam 8 pagi semalam.

Katanya, mereka yang ditahan itu membabitka­n pelbagai warga negara serta diberkas selepas pemeriksaa­n dibuat ke atas seramai 5,278 warga asing.

“Daripada jumlah keseluruha­n PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah Bangladesh membabitka­n seramai 752 warga dari negara itu diikuti Indonesia (195), Myanmar (117), Filipina (50), Thailand (45) dan baki seterusnya ialah dari negara lain.

“Seramai 1,314 PATI adalah lelaki, 192 wanita dan seramai tiga lagi ialah kanak-kanak,” katanya.

Mustafar berkata, seramai 28 majikan turut ditahan manakala 86 individu diberi notis untuk hadir memberi keterangan sepanjang tempoh itu.

“Kita sudah memberikan tempoh secukupnya kepada majikan untuk mendaftark­an pekerja terdiri daripada PATI namun kesempatan diberikan tidak diambil sepenuhnya oleh mereka.

“Justeru, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika dikesan dalam operasi penguatkua­saan yang dijalankan ini.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat boleh membantu jabatan ini dalam melaksanak­an penguatkua­saan dipohon supaya tampil menyalurka­nnya,” katanya.

Katanya, majikan dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu didakwa mengikut empat kesalahan utama membabitka­n Seksyen 55A (membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara), Seksyen 55B (menggaji PATI), Seksyen

55E (membenarka­n PATI masuk dan tinggal di premis) dan Seksyen 56(1)(d) (kesalahan melindungi PATI).

Malah, katanya, majikan juga boleh didakwa

 ??  ?? mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang Dan Penyeludup­an Migran 2007(Pindaan 2010)(ATIP SOM).
mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang Dan Penyeludup­an Migran 2007(Pindaan 2010)(ATIP SOM).
 ??  ?? SERAMAI 75 PATI ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, semalam.
SERAMAI 75 PATI ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, semalam.
 ??  ?? PATI yang ditahan dibawa naik ke dalam trak imigresen di Kuala Lumpur.
PATI yang ditahan dibawa naik ke dalam trak imigresen di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia