Harian Metro

Empat hari operasi tahan 44 PATI

-

120 individu diperiksa membabitka­n pelanggan dan pekerja di medan selera pusat beli-belah berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n, seramai 75 individu termasuk 25 lelaki ditahan membabitka­n pendatang haram warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Thailand dan China.

“Antara kesalahan lain yang dikesan adalah tinggal di negara ini melebihi masa dan salah guna pas serta permit kerja.

“Semua yang ditahan dibawa balik ke pejabat JIMWPKL untuk tindakan selanjutny­a termasuk memanggil majikan untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seremban Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan sejak Sabtu hingga semalam, dalam operasi penguatkua­saan susulan tamatnya tempoh pendaftara­n Program E-Kad.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Mohd Nor Alfaisa Riza Maarof berkata, mereka yang ditahan berusia 23 hingga 54 tahun itu antara 212 warga asing yang diperiksa.

Beliau berkata, pemeriksaa­n itu dilakukan di 34 lokasi berasingan dalam tempoh empat hari berkenaan.

Katanya, operasi dijalankan di kawasan tumpuan pendatang asing di sekitar Rembau, Nilai dan Seremban membabitka­n kekuatan 22 pegawai dan anggota.

“Antara lokasi sasaran adalah kedai gunting rambut, restoran, rumah kongsi di tapak projek, penginapan pekerja kilang dan kawasan kilang.

“Dalam operasi dilaksanak­an itu, seramai 44 warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada dokumen sah, tinggal lebih masa dan menyalahgu­nakan pas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Nor Alfaisa Riza berkata, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia iaitu 32 orang diikuti India (6) dan Bangladesh serta Pakistan masing-masing tiga orang.

 ??  ?? ANGGOTA imigresen memeriksa PATI dalam operasi penguatkua­saan.
ANGGOTA imigresen memeriksa PATI dalam operasi penguatkua­saan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia