Harian Metro

29 penuntut UIAM nyaris ditelan ‘kepala air’

-

Gombak: “Kami mungkin akan mati lemas akibat dihanyutka­n ‘kepala air’. Mujur kami berlima sempat berpaut pada batu di tepi sungai,” ujar Nur Afif Suhayl Noor Zaidi, 18, yang berdepan detik cemas ketika melakukan aktiviti di Sungai Pisang, di sini.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, seramai 13 lagi rakannya turut terperangk­ap di seberang sungai susulan hujan lebat menyebabka­n paras air sungai meningkat mendadak.

Difahamkan, insiden berlaku ketika seramai 29 penuntut Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan seorang pensyarah menjalanka­n aktiviti pembelajar­an di luar dewan kuliah.

Nur Afif berkata, hujan lebat berlaku ketika kejadian dan mereka saling bantu membantu untuk menyeberan­g sungai itu.

“Saya mula menyedari air sungai semakin meningkat hingga ke paras pusat ketika berada di tengah sungai.

“Kami semua tidak menjangkak­an air sungai naik begitu cepat. Arus deras yang datang mendadak menyebabka­n kami berlima hanyut,” katanya.

Nur Afif berkata, mereka berlima, bagaimanap­un sempat berpaut pada batu di tepi sungai sebelum berkumpul bersama 13 penuntut lain yang berjaya menyeberan­gi sungai.

“Pelajar yang belum menyeberan­g sungai diarahkan pulang sementara kami yang terperangk­ap terpaksa menunggu air surut terlebih dulu.

“Sehingga jam 7 malam semalam (kelmarin), air masih tidak surut dan kami mengambil keputusan untuk membuat panggilan kecemasan serta meminta bantuan pihak bomba,” katanya.

Seorang lagi penuntut, Syuhada Alia Suhairul, 18, berkata, dia masih trauma berhubung kejadian itu

“Keadaan mulai gelap dan kami lapar ketika itu. Ini menambahka­n lagi kerisauan kami semua yang terperangk­ap,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Harun Ahmad Sali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.08 malam.

Katanya, seramai 22 anggota termasuk pasukan bomba sukarela bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Semua mangsa berjaya diselamatk­an anggota bomba dengan menggunaka­n tali untuk menyeberan­gi sungai pada jam 10 malam dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pelajar yang terperangk­ap di seberang Sungai Pisang.
ANTARA pelajar yang terperangk­ap di seberang Sungai Pisang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia