Harian Metro

Terkulai dikepit lif

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Remaja maut tersepit di kedai perkakas, aksesori

“Tubuh saya longlai sebaik melihat tangan kiri anak terkulai dan kesan luka dari leher sampai ke dada, sementara mukanya calar selepas tersepit di dalam lif barang di tempat kerjanya.”

Begitu kata Zaini

Saad, 45, bapa Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, yang maut akibat tersepit pada lif barang di kedai perkakas dan aksesori di Jalan Sukamari, semalam.

Zaini berkata, dia mengetahui kejadian itu jam 3.30 petang selepas dimaklumka­n oleh rakan sekerja anaknya yang datang ke rumahnya di Kampung Paya Kuala Rimau.

“Rakannya sendiri tidak tahu apa yang berlaku kerana ketika kejadian, dia berada di rumah dan majikan mereka yang menghubung­i memaklumka­n kejadian itu.

“Saya kemudian bergegas ke tempat kerjanya dan sebaik naik ke tingkat dua, saya terkejut melihat keadaan anak yang menyedihka­n itu hingga terpaksa dibawa turun dan ditenangka­n orang ramai,” katanya ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Menurutnya, anaknya itu baru empat bulan bekerja di situ selepas berhenti kerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

“Dia bekerja selama tujuh bulan di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung dan meminta saya mencarikan kerja di sini.

“Dia kemudian diterima bekerja di kedai itu, namun tidak sangka menemui ajal di sini,” katanya.

Katanya, anak sulung daripada empat beradik itu bersekolah setakat tingkatan dua sebelum berhenti kerana tidak minat belajar, namun seorang anak yang baik.

“Anak saya tidak pernah melawan dan mendengar kata, malah persiapan raya baru-baru ini pun dilakukann­ya sendiri kerana tidak mahu menyusahka­n keluarga.

“Saya juga tidak nampak perubahan pelik dan kali terakhir berjumpany­a pagi tadi (semalam) ketika keluar bekerja jam 8.30 pagi,” katanya yang akan mengebumik­an anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kuala Rimau.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah Mohd Firdaus Daud berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.05 petang dan tiba ke lokasi 25 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa tersepit dalam lif barang di tingkat dua kedai itu dalam keadaan separuh badan terjulur keluar.

“Kami mengambil masa 30 minit bagi mengeluark­an mangsa sebelum menyerahka­nnya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ZAINI bersama ahli keluarga menunggu jenazah Muhammad Zairul Naim untuk dibedah siasat di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
ZAINI bersama ahli keluarga menunggu jenazah Muhammad Zairul Naim untuk dibedah siasat di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
 ??  ?? MAYAT Muhammad Zairul Naim yang tersepit pada lif.
MAYAT Muhammad Zairul Naim yang tersepit pada lif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia