Harian Metro

Dr Mahmud salur RM2.5j

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Bekas pensyarah UM bawa masuk dana biaya operasi Abu Sayyaf

Dianggarka­n lebih RM2.5 juta dibawa masuk bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad untuk membiayai operasi militan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) sejak beberapa tahun lalu.

Mahmud yang juga orang kanan kepada Ketua Daish Asia Tenggara Isnilon Hapilon diakui mempunyai kepakaran dalam merekrut ahli dan memperoleh dana daripada golongan yang bersimpati dengan gerakan itu.

Dana yang dibawa masuk dipercayai digunakan untuk pembelian persenjata­an, bekalan makanan dan membiayai operasi serangan yang dilancarka­n di beberapa negara Asia Tenggara.

Perkara itu didedahkan Panel Deradikali­sasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat peranan penting Mahmud dalam membawa masuk dana kepada kumpulan itu.

“Dana yang besar ini digunakan untuk pembelian senjata api di pasaran gelap termasuk bekalan makanan.

“Saya percaya dana yang sama digunakan untuk membiayai operasi militan di Bandar Marawi sejak tercetusny­a pertempura­n dengan tentera kerajaan beberapa minggu lalu,” katanya.

Mohd Mizan berkata, ketika serangan dilancarka­n pasukan perisikan Filipina turut menemui video Mahmud menggesa anggota militan untuk terus bersama-sama berjuang dengannya.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh, hasil soal siasat pasukan keselamata­n Filipina bersama individu tertentu yang ditahan mendedahka­n Mahmud mempunyai peranan besar.

“Wujud video yang disebarkan dalam kalangan anggota militan memaparkan Mahmud menggesa semua anggota militan untuk terus setia berjuang. “Ini bukti kukuh bahawa peranan Mahmud bukan sekadar anggota militan biasa, sebaliknya orang kanan kepada Isnilon,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sejak pertempura­n di Bandar Marawi tercetus, seramai 280 anggota militan terbunuh, manakala tentera Filipina pula 69 orang terkorban.

Menurutnya, ia angka kematian yang besar buat ASG, namun masih ramai lagi anggota kumpulan terbabit berselindu­ng sebagai orang awam.

Ahad lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan awal yang mengatakan Dr Mahmud terbunuh dalam pertempura­n di Marawi pada 22 Jun lalu.

“Kami belum boleh beri pengesahan tapi pihak berkuasa di sana melaporkan Isnilon berjaya melarikan diri dan kami percaya Mahmud bersama dia,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 3 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro, 3 Julai lalu.
 ??  ?? DR Mahmud
DR Mahmud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia