Harian Metro

Elak Laut Sulu jadi laluan tikus Daish

-

Kuala Lumpur: Kawalan maritim di Laut Sulu, Malaysia dengan kerjasama Indonesia dan Filipina terus dipertingk­atkan bagi memastikan pengganas Daish tidak menggunaka­n laluan tikus untuk melarikan diri.

Malah, pihak keselamata­n Malaysia turut mengadakan rondaan udara menerusi

yang dijangka dilancarka­n di Subang, Selangor, dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, TAP bakal dilaksanak­an susulan kerjasama dalam memerangi keganasan menerusi inisiatif

bersama Indonesia dan Filipina yang dilancarka­n di Tarakan, Indonesia baru-baru ini.

Katanya, kerjasama itu bertujuan memastikan anggota militan termasuk militan Daish tidak menjadikan Laut Sulu sebagai laluan tikus untuk menceroboh masuk di tiga negara berkenaan serta menangani aktiviti lanun, penculikan dan rompakan bersenjata di perairan ini.

“Susulan pelaksanaa­n TMP, kita akan melancarka­n TAP membabitka­n tiga negara yang dijangka dilancarka­n di Subang.

“Secara amnya, TAP dilaksanak­an sebagai satu lagi inisiatif untuk memperkasa­kan pengawasan keselamata­n dan kesiapsiag­aan ruang udara dan maritim di Laut Sulu.

“Saya juga berhubung melalui telefon dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jeneral James Mattis pada Khamis ini bagi membincang­kan perkembang­an terkini kegiatan kumpulan militan Daish di Timur Tengah,” katanya semalam.

Hishammudd­in berkata, perbincang­an itu bakal menjadi ruang terbaik bagi beliau dan Mattis berkongsi pengalaman serta memperhalu­si bentuk kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

“Pada masa sama, saya mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara di Timur Tengah dalam masa terdekat khususnya di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain. Lawatan ini bertujuan bertemu pemimpin tertinggi negara itu serta mendapatka­n gambaran sebenar situasi di Timur Tengah.

“Pertemuan itu membolehka­n kami berkongsi pandangan berhubung pendekaan terbaik bagi menangani ancaman kumpulan Daish.

“Dalam lawatan ke Arab Saudi, saya mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi membincang­kan penubuhan

di Kuala Lumpur serta memikirkan pendekatan terbaik untuk mengenal pasti inisiatif bagi mengekang penyebaran dakyah kumpulan pengganas,” katanya.

Jelasnya, Malaysia menerusi Angkatan Tentera Malaysia dan semua agensi keselamata­n negara akan melaksanak­an pelbagai inisiatif dan pendekatan dari semasa ke semasa. perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nur Faida Mohd Rashidee manakala tertuduh diwakili peguam Sangeet Kaur. Mahkamah menetapkan menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN
HISHAMMUDD­IN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia