Harian Metro

Bincang beri kelonggara­n

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Balik Pulau: Kementeria­n Kesihatan akan berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan untuk mewajibkan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) diambil sebagai syarat kelayakan lulus bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, perbincang­an dibuat dalam tempoh terdekat bagi mendapat persetujua­n

Kementeria­n Pendidikan menegaskan syarat lulus Bahasa Melayu (BM) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia yang meletakkan­nya sebagai bahasa rasmi negara merangkumi pelbagai kaum dan semua bidang di negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam peperiksaa­n SPM juga menetapkan dua subjek iaitu BM dan Sejarah wajib lulus.

Menurutnya, syarat BM wajib lulus itu cukup meletakkan kedudukann­ya sebagai bahasa rasmi negara.

“Jika pelajar tidak lulus subjek BM maka tidak lulus peperiksaa­n SPM.

“Malah, tiada alasan rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam BM,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Program Pelancaran Program Menarik di Padang Terap #Agropertan­ian, di Dataran Tepi Sungai Padang Terap, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kelonggara­n syarat kelayakan lulus BM untuk pelantikan doktor lantikan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) secara kontrak. sebagai pelonggara­n syarat lulus.

Beliau berkata, jika sebelum ini pada 2003, Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) tidak meletakkan syarat wajib lulus BM namun kini untuk melayakkan diri, mereka perlu mengambil semua subjek dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lulus sebagai syarat wajib.

“Jika perkara itu diluluskan, setiap graduan perubatan hanya perlu mengambil kertas BM saja sebelum lulus dan dilantik sebagai doktor perubatan di Malaysia.

“Kelonggara­n itu bagi memberi keadilan kepada graduan perubatan lantikan kontrak yang tidak menduduki peperiksaa­n BM semasa SPM mendapat kelulusan hanya satu subjek saja,” katanya ketika ditemui media semasa merasmikan pelepasan Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, di sini, semalam.

 ??  ?? MAHDZIR mengacau beras untuk dibuat pekasam pada Program Pelancaran Program Menarik di Padang Terap #Agropertan­ian, di Dataran Tepi Sungai Padang Terap, semalam.
MAHDZIR mengacau beras untuk dibuat pekasam pada Program Pelancaran Program Menarik di Padang Terap #Agropertan­ian, di Dataran Tepi Sungai Padang Terap, semalam.
 ??  ?? DR Hilmi membawa obor sempena Larian Obor KL2017 di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, semalam.
DR Hilmi membawa obor sempena Larian Obor KL2017 di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia