Harian Metro

Cari formula menang-menang

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kerajaan tidak akan berpatah balik kepada kaedah pengumuman secara bulanan dalam menentukan harga siling minyak petrol dan diesel seperti sebelum ini sebaliknya akan terus diumumkan secara mingguan biarpun didesak pelbagai pihak terutamany­a pengusaha stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau bagaimanap­un akan mencari formula terbaik dalam menangani isu berkenaan agar dapat memberi situasi menang-menang kepada syarikat minyak, pengusaha stesen minyak dan pengguna.

“Dalam waktu terdekat ini, lebih kurang minggu depan, saya akan lihat satu formula macam mana hendak

 Kerajaan tetap umum harga siling minyak secara mingguan

bantu pengusaha stesen minyak ini supaya mereka tidak terlalu tertekan apabila harga bahan api ini turun pada setiap minggu.

“Setakat ini, KPDNKK sudah dua tiga kali berbincang dengan syarikat minyak dan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Ghani untuk meneliti formula baru ini bagi membantu semua pihak terbabit termasuk pengguna,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Kerajaan mula mengumumka­n harga siling minyak petrol dan diesel secara mingguan bermula 29 Mac lalu yang berkuat kuasa serta-merta pada jam 12.01 tengah malam keesokanny­a berbanding secara bulanan sebelumnya.

Kaedah itu membolehka­n trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, trend penurunan harga minyak yang berterusan sejak awal bulan bagaimanap­un memberi tekanan kepada pengusaha stesen minyak kerana terpaksa menanggung kerugian.

“Sebagai contoh, jika setiap minggu mereka mengalami kerugian sekitar RM2,000 kalau lima minggu kerugian sudah RM10,000 dan inilah yang membuatkan mereka tertekan.

“Sebab itu, kita harap dapat formula bagaimana mereka ini tidak terlampau rugi seperti empat lima minggu yang lalu,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MyIPO di PWTC.
HAMZAH (tengah) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MyIPO di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia