Harian Metro

Hidup insan di dunia ibarat hiburan

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahann­ya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhn­ya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

Kenapa di dalam ayat itu kehidupan dunia dinyatakan sebagai hiburan dan permainan manakala kehidupan akhirat adalah yang hakiki?

Ini kerana usia manusia hidup di atas muka bumi ini sangat singkat jika dibandingk­an masa yang akan manusia harungi pada hari akhirat kelak.

Selain itu, sifat kehidupan di dunia ini hanyalah untuk manusia mengumpul amal buat bekalan bukannya untuk bersenang lenang, begitu juga nilai kenikmatan atau seksaan di dunia ini terlalu kecil jika dibandingk­an halnya di akhirat.

Sebab itu, di dunia ini manusia tidak akan merasai kenikmatan yang sempurna. Nikmat dunia ini sifatnya terbatas.

Manusia juga sering dihambat dengan halangan yang ada dalam diri mereka sendiri. Halangan itu adalah kebosanan dan di sebalik setiap kenikmatan akan ada risiko kebosanan kecuali bagi mereka yang jiwanya tenteram.

Di syurga Allah SWT kelak, manusia akan menemui kesempurna­an dalam semua perkara. Mereka tidak akan menemui kelemahan, jauh sekali rasa bosan.

Dalam Surah Fatir, ayat 34 hingga 35, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka (penghuni syurga Adn) berkata: Segala puji bagi Allah yang menghapusk­an perasaan dukacita daripada kami. Sesungguhn­ya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaikbaik­nya (kepada orangorang yang taat), Tuhan yang menempatka­n kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurnia-Nya semata-mata.

Kami tidak akan berasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan berasa letih lesu.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang masuk syurga sentiasa dalam kenikmatan, tanpa kesedihan, pakaiannya tidak pernah kusut, tetap muda (tidak berubah menjadi tua).” (Hadis riwayat Muslim)

Demikianla­h kehidupan yang digambarka­n buat penghuni syurga namun untuk menempatka­n diri kita ke dalam syurga memerlukan perjuangan.

Marilah sama-sama kita memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan. Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat, petunjuk dan kekuatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia