Harian Metro

Pakej auta umrah

Ejen promosi harga serendah RM3,500

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan wujudnya pihak tertentu yang mula mempromosi pakej umrah hujung tahun pada harga serendah RM3,500.

Ketua Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abd Halim Ikhsan berkata, pihaknya menerima maklum balas orang ramai mengenai tawaran itu yang jelas berunsur penipuan kerana harga semasa ditetapkan pihak berwajib bermula daripada RM5,000.

Katanya, berdasarka­n siasatan, ia membabitka­n syarikat terkenal, ejen dan orang tengah yang berpengala­man menguruska­n ibadat umrah sebelum ini.

“Kita dapati, ada mutawif yang berpengala­man, tetapi tidak mempunyai lesen. Jadi mereka mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan walaupun dengan cara menggunaka­n agama,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kos semasa paling minima untuk mengerjaka­n umrah seperti tiket pergi balik RM3,200, visa (RM300), kit umrah (RM200) dan muassasah (RM2,200).

“Jadi mana mungkin harga serendah RM3,500. Justeru saya harap orang ramai berhati-hati dengan tawaran harga murah. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi PPIM di 03-40504454,” katanya.

Abd Halim berkata, ekoran pelbagai aduan, pihaknya mengambil langkah awal untuk memberi makluman kepada masyarakat bagi mengelak kes penipuan berulang.

Menurutnya, berdasarka­n semakan, ada syarikat pengendali mengenakan caj murah, tetapi kedudukan hotel agak jauh dan tiada makanan disediakan.

“Tapi itu tidak dimaklumka­n lebih awal dan orang ramai berasa tertipu apabila mendapati servis yang diterima tidak seperti diharapkan,” katanya.

 ??  ?? ABD Halim menunjukka­n aduan diterima PPIM.
ABD Halim menunjukka­n aduan diterima PPIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia