Harian Metro

Keluarga buntu petunjuk

-

Banting: “Ibu dan ayah tidak lalu makan kerana rindukan adik (Aishah Natasha) yang masih belum ditemui,” kata Muhammad Azlan Nasaruddin, 26, abang Aishah Natasha, 15, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluargany­a di Taman Jugra, dekat sini, Ahad lalu.

Menurut Muhammad Azlan, keluargany­a bimbangkan keselamata­n Aishah kerana sehingga kini, tiada sebarang petunjuk dapat mengaitkan kehilangan­nya.

“Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk mengesan adik namun gagal. Apa yang membimbang­kan ialah kesihatan kedua orang tua kami,” katanya, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan Aishah gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya melalui pintu belakang.

Ketika itu, ibunya sedang tidur manakala abangnya berada di ruang tamu. Ada jiran memaklumka­n mengenai kehadiran teksi eksekutif biru Toyota Innova serta Perodua Myvi putih yang berhenti berhampira­n rumah keluarga Aishah ketika kehilangan remaja terbabit.

Bagaimanap­un, jiran mereka tidak pasti sama ada Aishah menaiki kenderaan terbabit.

“Saya rasa tak sedap hati apabila wanita itu tutup pintu bilik dan apabila dibuka, dia acukan pisau pemotong daging ke lehernya, selain sebilah pisau kecil di perut,” kata Ishak Md Saad, 53, saksi kejadian seorang wanita berusia 22 tahun cuba mencederak­an diri sendiri di Pangsapuri Teratai, Taman Bunga Raya, di sini, jam 1 pagi semalam.

Kejadian berlaku selepas pertengkar­an antara ahli keluarga wanita terbabit dengan teman lelakinya berusia 27 tahun.

Menurut Ishak, pangsapuri itu didiami teman

 ??  ?? AISHAH tak pulang sejak keluar dari rumah Ahad lalu.
AISHAH tak pulang sejak keluar dari rumah Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia