Harian Metro

MAMPU TUMBUH 5%

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

KDNK Malaysia pada tahun ini dijangka amat baik

Ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lima peratus atau lebih pada tahun ini berdasarka­n prestasi yang dicapai pada separuh pertama 2017.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini berada pada landasan yang baik berikutan beberapa faktor termasuk kestabilan harga minyak.

“Prestasi ekonomi negara adalah amat baik dan saya secara peribadi berasakan bahawa kita mampu mencapai pertumbuha­n KDNK lima peratus atau lebih, didorong kekukuhan persekitar­an ekonomi, peningkata­n eksport, pelaburan serta kewujudan peluang pekerjaan.

“Kita turut melihat peningkata­n harga minyak pada paras AS$47 dan AS$50 setong dan saya berpendapa­t ringgit juga akan (mencatat prestasi) lebih baik,” katanya selepas melancarka­n Program Pemacu Global Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Datuk Ashran Ghazi.

Kenyataan Mohd Irwan itu bagi mengulas laporan media kewangan antarabang­sa, Bloomberg bertajuk

yang menyenarai­kan ringgit sebagai mata wang utama Asia paling kukuh bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuha­n 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini, didorong permintaan domestik serta perbelanja­an swasta yang kukuh.

Beliau juga menegaskan ekonomi negara tidak pernah berada dalam keadaan buruk dan kelembapan ekonomi yang berlaku itu disebabkan ketidakten­tuan harga minyak serta sentimen pasaran global.

Ditanya sama ada Malaysia akan menyemak semula unjuran KDNK, Mohd Irwan berkata, kerajaan turut mengadakan pertemuan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Bank Negara Malaysia untuk melihat kewajaran langkah itu dalam Bajet 2018 yang dijadual dibentangk­an pada 27 Oktober depan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi catatan terbaru di blog beliau berkata, Malaysia tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggaka­n meskipun berdepan cabaran termasuk ketidakten­tuan pasaran antarabang­sa dan kejatuhan harga minyak.

Perdana Menteri berkata, secara keseluruha­n, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil serta kukuh dan berkembang 5.6 peratus dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Irwan berkata, 56 peserta dari 11 negara terpilih untuk menyertai GAP yang julung kali diadakan bagi membantu peserta menembusi pasaran ASEAN dan mampu menarik pelabur dalam tempoh empat bulan.

 ??  ??
 ?? Mohd Irwan Serigar Abdullah ?? Kita turut melihat peningkata­n harga minyak pada paras AS$47 dan AS$50 setong dan saya berpendapa­t ringgit juga akan (mencatat prestasi) lebih baik”
Mohd Irwan Serigar Abdullah Kita turut melihat peningkata­n harga minyak pada paras AS$47 dan AS$50 setong dan saya berpendapa­t ringgit juga akan (mencatat prestasi) lebih baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia