Harian Metro

Unjur penumpang KLIA Ekspres, KLIA Transit cecah 9.4 juta

-

Kuala Lumpur: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) optimis mencapai sasaran kapasiti penumpang 9.4 juta bagi dua perkhidmat­an tren kendaliann­ya iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Noormah Mohd Noor berkata, pada tahun lalu kapasiti penumpang tren ERL 8.9 juta, menurun berbanding dicatatkan pada 2015 berikutan kenaikan harga tiket.

“Pada 2016, kami menjangkak­an penurunan, namun yakin mampu mencapai sasaran kapasiti penumpang tahun ini melalui perancanga­n pelbagai strategi dan kolaborasi dengan rakan niaga,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata,

antara strategi dilaksanak­an termasuk menawarkan promosi harga atau tawaran diskaun melalui kerjasama dengan rakan niaga seperti MasterCard.

Selain itu, menurutnya, ERL juga memperluas­kan kehadiran KLIA Ekspres secara dalam talian (online) melalui laman web syarikat penerbanga­n, hotel serta ejen pelanconga­n dalam talian.

“Kami fokus kepada pemasaran digital untuk sasaran pelanggan luar negara yang berhasrat bercuti di Kuala Lumpur di samping menekankan kepada pengalaman pelanggan sendiri dari mula membeli tiket hingga tiba ke destinasi dengan lancar,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, ERL juga akan menambah enam tren baru iaitu empat tren bagi KLIA Transit manakala selebihnya KLIA Ekspres, menjadikan jumlah keseluruha­n tren dimiliki sebanyak 18 tren.

Noormah berkata, tren baru bagi kegunaan KLIA Transit itu masih dalam peringkat ujian dan pentauliah­an dan dijangka beroperasi September ini.

“Semua tren baru ini akan memberikan 15 peratus lebih kapasiti penghawa dingin, tambahan rel tangan dan ruang kaki lebih luas untuk keselesaan penumpang, sekali gus membantu usaha kami meningkatk­an lagi kapasiti penumpang pada tahun ini,” katanya.

 ??  ?? NOORMAH
NOORMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia