Harian Metro

Labur RM1.4b

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

McDonald’s unjur 450 outlet menjelang 2025

McDonald’s Malaysia akan melabur RM1.4 bilion bagi meningkatk­an jumlah outletnya kepada 450 di seluruh negara menjelang 2025.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasinya Azmir Jaafar berkata, McDonald’s Malaysia mencatat pertumbuha­n tahun ke tahun sebanyak 16 peratus tahun lalu dan yakin dapat meneruskan trend itu tahun ini.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia kini mempunyai 262 restoran dan 12,000 kakitangan yang memberi khidmat kepada 160 juta pelanggan setahun.

“McDonald’s Malaysia komited meneruskan pelan pengembang­an secara agresif.

“Komitmen kami untuk melabur RM1.4 bilion dalam tempoh 10 tahun adalah bukti keyakinan kami terhadap masa depan negara ini,” katanya pada majlis memeterai kerjasama strategik dengan Fraser & Neave (F&N) Beverages Marketing Sdn Bhd, semalam.

Beliau berkata, pengembang­an itu boleh mewujudkan 6,000 pekerjaan lagi selain daripada 12,000 yang dimiliki McDonald’s Malaysia ketika ini.

Katanya, pelaburan

itu merncermin­kan komitmen untuk memberi perkhidmat­an kepada bilangan pelanggan yang semakin bertambah.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia juga percaya dengan komitmen dilaksanak­an dapat meningkatk­an jumlah pelanggan, sekali gus memberi mereka pilihan makanan dan minuman yang lebih banyak.

“Setakat ini, terdapat 150 restoran McDonald’s yang mempunyai pandu lalu, 200 rangkaian beroperasi 24 jam dan lebih 90 rangkaian dilengkapi dengan McDelivery dan McCafes,” katanya.

Sebelum ini, McDonald’s Malaysia berkongsi pelan perniagaan untuk tempoh tiga tahun bermula tahun ini dengan memperuntu­kkan RM363 juta bagi membuka lebih 30 cawangan baru dan mencipta 2,000 peluang pekerjaan dalam tempoh berkenaan.

Azmir berkata, selain itu, pihaknya juga berada di landasan tepat untuk meningkatk­an segmen pembayaran tanpa tunai di semua restoranny­a.

“Hampir semua restoran sudah memperkena­lkan pembayaran tanpa tunai, namun kebanyakan pelanggan masih lebih gemar untuk membuat pembayaran secara tunai, mungkin disebabkan harga menu di McDonald’s yang lebih berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, McDonald’s Malaysia akan sentiasa berusaha memberi kualiti terbaik bukan saja kepada makanan dan minuman ditawarkan, malah perkhidmat­an kepada pelanggan.

Sehingga kini, McDonald’s Malaysia mempunyai 12,000 tenaga pekerja di seluruh negara bagi memberi perkhidmat­an kepada 13.5 juta pelanggan setiap hari.

 ??  ?? AZMIR (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif
F&N Lim Yew Hoe (dua dari kiri) memegang hidangan yang disajikan McDonald’s pada majlis memeterai
kerjasama strategik, semalam.
AZMIR (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif F&N Lim Yew Hoe (dua dari kiri) memegang hidangan yang disajikan McDonald’s pada majlis memeterai kerjasama strategik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia