Harian Metro

Komersialk­an mesin pemotong ketepatan mikro

-

Kuala Lumpur: SIRIM Berhad (SIRIM) melalui anak syarikatny­a, SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV) menjalin kerjasama strategik dengan sebuah syarikat tempatan, LD Micro Precision Sdn Bhd (LDM) untuk mengkomers­ialkan mesin pemotong ketepatan mikro ke pasaran program pendidikan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, menerusi perjanjian kerjasama itu, STV akan menjadi gerbang pemasaran dan jualan bagi mesin pemotong ketepatan mikro yang akan dibangunka­n LDM.

Beliau berkata, usaha sama antara STV dan LDM akan membawa hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta inovasi ke dalam pasaran selaras inisiatif Tahun Pengkomer- sialan Malaysia.

“Ini kejayaan kepada SIRIM untuk beralih ke arah pengkomers­ialan di mana kami memudahkan pemindahan teknologi kepada industri, sekali gus dapat membantu mereka membina pengetahua­n dalam teknologi inovatif.

“Malah, usaha ini akan membolehka­n industri menghasilk­an peralatan dalam bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) untuk melatih penggunany­a mengenai mesin ketepatan dan teknologin­ya,” katanya, semalam.

Pada majlis yang berlangsun­g di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Ahmad Fadzil mewakili STV manakala LDM diwakili Pengarahny­a Lai Siaw Ling sambil disaksikan Ketua Pegawai Operasi STV Ajmain Kasim dan Pengarah Urusan LDM Tan Kean Lee.

Ahmad Fadzil berkata, pelbagai cabaran sudah dilalui untuk menembusi pasaran itu dan perkongsia­n sinergi antara STV dan LDM dalam membangunk­an teknologi mesin pemotong ketepatan mikro itu memberi manfaat kepada sektor pendidikan.

“Mesin pemotong ketepatan mikro khusus bagi industri ketepatan dan kami berharap teknologi ini terus berkembang ke pasaran industri tempatan dan serantau terutama di bahagian semikonduk­tor, peralatan perubatan, aeroangkas­a serta sektor komponen,” katanya.

Program itu juga selaras dengan pelaksanaa­n Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) oleh Jabatan Kemahiran Pembanguna­n Tenaga Manusia yang dijangka dilaksanak­an pada suku ketiga 2017.

Beliau berkata, usaha sama itu bakal memberi peluang perniagaan lebih besar untuk teknologi pemotongan ketepatan mikro terutama dalam penjualan mesin pemotong ketepatan mikro dan program modal insan Train of Trainer (TOT) untuk pusat latihan.

 ??  ?? DR Ahmad Fadzil
DR Ahmad Fadzil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia