Harian Metro

Shopee yakin momentum pertumbuha­n jualan 43 peratus

-

Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan yakin momentum pertumbuha­n jualan serantau pada 43 peratus berdasarka­n bulan ke bulan akan berterusan tahun ini.

Pengarah Urusan Serantauny­a Ian Ho berkata, platform itu turut menyasar untuk memperoleh sumbangan lebih tinggi daripada operasi perniagaan di Malaysia susulan prestasi cemerlang pada awal tahun ini.

Beliau berkata, hubungan Shopee dengan penjual yang menggunaka­n platform itu serta peningkata­n penyertaan jumlah jenama kukuh akan menjamin pertumbuha­n masa depan Shopee.

“Kami mempunyai syarikat multinasio­nal seperti L’Oreal, Watson, Nestle, Oppo dan Huawei yang menyertai kami. Faktor mengapa mereka mempertimb­angkan platform kami adalah bukti bagaimana kami berkembang dengan pantas,” katanya.

Pada separuh pertama tahun ini, Shopee mencatatka­n nilai barangan dagangan kasar tahunan (GMV) lebih AS$3 bilion di seluruh rantau ini.

Beliau berkata, infrastruk­tur canggih dimiliki negara ini faktor penting dalam membantu perniagaan menjadi lebih terkenal dan berkembang.

“Pasaran terbesar kami ialah Taiwan dan Indonesia, namun Malaysia juga sudah tentu penting kepada kami.

“Kami baru beroperasi kurang dua tahun di sini, namun sudah mempunyai lebih 200 pekerja dan ini menunjukka­n komitmen kami,” katanya.

Mengenai Shopee akan ditempatka­n dengan ruang perniagaan di Zon Perdaganga­n Bebas Digital Malaysia, beliau berkata, syarikat sedang meneroka peluang untuk menyewa ruang di zon berkenaan.

Shopee menawarkan keselamata­n membelibel­ah dalam talian menerusi Jaminan Shopee iaitu pengguna dilindungi melalui penangguha­n bayaran kepada penjual sehingga pembeli menerima tempahan mereka. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia