Harian Metro

BILA HATI DAH SUKA

- Agensi

Remaja 16 tahun buat kejutan apabila berkahwin dengan wanita berusia 71 tahun

Kata orang cinta itu tidak kenal usia atau paras rupa. Ia sudah banyak terbukti benar dengan berlangsun­gnya perkahwina­n antara pasangan yang jika dilihat dari segi luaran, tidak mungkin berlaku.

Hal itu juga terjadi di Sumatera, Indonesia Ahad lalu apabila seorang remaja berkahwin dengan wanita yang mungkin layak dipanggil moyang.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 71 tahun membuat kejutan apabila dia berkahwin dengan seorang remaja berusia 16 tahun.

Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar, 71, mengejutka­n penduduk di sebuah kampung di Ogan Komering Ulu di wilayah Sumatera Selatan apabila berkahwin dengan Selamat Riyadi Husni yang baru berusia 16 tahun.

Perkahwina­n pasangan berkenaan pada mulanya dilakukan secara rahsia dan pada waktu malam di Desa Karangenda­h tetapi akhirnya diketahui penduduk kampung.

Selepas berita itu tersebar berpuluh-puluh penduduk kampung hadir ke majlis perkahwina­n itu sehingga tular di media sosial.

Selamat yang ditemui wartawan kelmarin berkata, dia bersyukur akhirnya hubungan cinta selama tiga tahun dengan Rohaya berakhir di jinjang pelamin.

Dia mengakui hasratnya untuk mengahwini Rohaya yang lebih tua daripada ibunya mulanya ditentang keluarga.

Bagaimanap­un, selepas pemimpin setempat campur tangan akhirnya mereka dinikahkan.

“Alhamdulil­lah, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri. Saya sangat mencintai Rohaya dan dia juga amat mencintai saya,” jelasnya.

Selamat memberitah­u, dia jatuh cinta dengan Rohaya selepas wanita itu menjaganya ketika dia sakit.

Selepas berkahwin Selamat tinggal di rumah milik Rohaya di kampung itu dan bekerja sebagai buruh untuk mencari rezeki.

Seorang pemimpin setempat, Siswoyo yang membantu pernikahan pasangan itu berkata, Rohaya tidak mempunyai harta kecuali rumah kecil berkenaan.

“Ini menjelaska­n perkahwina­n antara Selamat dan Rohaya ini atas dasar cinta bukannya kerana harta,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT dan Rohaya bergambar selepas majlis perkahwina­n mereka pada Ahad lalu. - Agensi
SELAMAT dan Rohaya bergambar selepas majlis perkahwina­n mereka pada Ahad lalu. - Agensi
 ??  ?? PENDUDUK kampung masih mengunjung­i rumah Rohaya dan Selamat di Desa Karangenda­h, Ogan Komering Ulu di wilayah Sumatera Selatan. - Agensi
PENDUDUK kampung masih mengunjung­i rumah Rohaya dan Selamat di Desa Karangenda­h, Ogan Komering Ulu di wilayah Sumatera Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia